Sila ambil perhatian.
Sekali lagi saya mohon terutamanya kepada Penasihat Akademik untuk meluangkan sedikit masa menyemak melalui sistem (isis/sims) status semua pelajar di bawah jagaan masing-masing sama ada wujud diantara mereka yang masih belum mengambil kod-kod yang dinyatakan. Ini adalah amat penting kerana kod-kod tersebut ditawarkan pada semester pertama dan kedua yang mana seperti yang semua maklum tiada pengambilan pelajar baru mulai semester ini.
Oleh itu, kod-kod tersebut tidak lagi ditawarkan kecuali ada kes-kes mengulang dan belum mengambil. Inilah yang saya sedang cuba lakukan untuk mengenalpasti beramai ramai pelajar kita dari sem 3 dan ke atas yang masih belum ambil dan ulang kod-kod itu untuk dipersembahkan kepada KPP perkaunan agar kelas dapat dibuka pada semester hadapan.
Berikut adalah hasil mesyuarat pelarasan kod intersesi di Shah Alam semalam:
1. Semua Kod ACC tidak akan ditawarkan pada intersesi akan datang. Fakulti Perakaunan tidak akan menyediakan pensyarah.
2. Kod fakulti yang akan ditawarkan di Jengka ialah:
i. ECO120 Principles of Economics.
ii. ECO211 Macroeconomics
iii. MGT345 Operation Management
iv. FIN329/358 (kod finance tp bidang tak pasti)
3. Kod fakulti lain yang akan ditawarkan di Jengka setelah mendapat lampu hijau dari fakulti/bahagian terbabit:
i. MAT112 Business Mathematics
ii. LAW299 Business Law
4. Kod lain yang akan ditawarkan tapi bukan di Jengka ialah:
i. ECO162 Microeconomics. Kampus yang buka: Melaka, Segamat dan Machang.
ii. ECO261 Malaysian Economics. Kampus yang buka: Machang, Merbok dan Melaka.
iii. FIN242/262 Finance. Kampus yang buka: Segamat, Melaka, Machang, Dungun dan Arau
iv. FIN320 Finance. Kampus yang buka: Arau.
v. MKT243 Marketing. Kampus yang buka: Arau.
5. Mohon semua pensyarah untuk memaklumkan pelajar tentang perkara ini takut mereka terlepas pandang. Sistem akan dibuka untuk pendaftaran pada
4 sehingga 12 Mac 2013. Pendaftaran ini adalah WAJIB. Sekiranya mereka tidak mendaftar tidak boleh mengambil intersesi.
Sekian, untuk makluman semua.