Sep 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Amat sukar untuk mencari kad ucapan HARI RAYA  yang ditulis menggunakan tulisan jawi dan khat. Pencarian saya di goole akhirnya menemukan saya dengan blog awang purba yang mempamerkan kehebatan tuanpunyanya mencipta tulisan khat dalam pelbagai bentuk. Umum mengetahui tulisan khat adalah satu cabang seni dalam tamadun Islam. Ketelitian dan kepakaran sipenulis untuk menulis satu-satu ayat samada ayat-ayat suci Al-Quran, hadith Rasulullah mahupun ucapan dan ejaan nama memerlukan daya kreativiti yang tinggi.

Masih ingat lagi di zaman sekolah dulu sempat juga mempelajari subjek khat di sekolah agama pada sebelah petang. Bila tiba subjek khat semua seronok bukan main, lepas itu masing-masing sibuk mengasah pensel yang dileperkan hujungnya. Ustaz akan meminta pelajar menulis sebariS ayat di papan hitam sebanyak 10 kali. Kemudian semua berlumba-lumba ke meja Ustaz untuk disemak. Biasalah kalau dapat 10 markah memang seronok tapi dapat 8 atau 9 markah pun sudah cukup baik. Ustaz pun tak berkira sangat dalam memberi markah kepada kami. Bila dah dapat markah masing-masing menunjuk-nunjuk keputusan dan riuh  satu kelas dibuatnya. Oleh kerana pada zaman kanak-kanak dulu saya cuma ingat nak berlumba siapa siap dulu maka hasil tulisan saya tidaklah baik sangat. Maknanya dalam menulis khat ini kita perlulah sabar dan tekun untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Ustaz khat saya sebenarnya sudah meninggal tetapi saya cuba mengingatkan nama beliau sepanjang menulis artikel ini tetapi gagal. Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz yang mengenalkan kami kepada tulisan khat, pengalaman di sekolah agama tidak mungkin dilupakan. Rasanya kalau di minta untuk menulis sekarang tidak tahu bagaimanalah rupanya tulisan khat saya. Sayangkan jika kita tidak diperkenalkan kepada tulisan rumi seperti sekarang, mesti ramai orang kita yang mahir dalam menulis khat kerana ianya sangat berkait rapat dengan tulisan jawi. Agak-agaknya jika saya ingin menyalin semula artikel ini dalam tulisan jawi pun bakal mengambil masa berjam-jam untuk menyiapkannya.

tulisan khat ini saya dapati dari awangpurba blogspot

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Aug 29, 2010

MGT 300 - Kemaskini Blog Anda

Memandang pelajar MGT 300 saya akan bercuti panjang kerana beberapa sebab;
1. Cuti Nuzul Al-Quran
2. Cuti Hari Kemerdekaan
3. Cuti Persediaan Hari Raya Aidil Fitri (seminggu - kelas sudah diganti)
4. Cuti Pertengahan Semester (seminggu)

Maka tiada kompromi untuk anda semua tidak mengemaskini blog walaupun bercuti! Itulah kelebihan Blended Learning (campuran gaya pengajaran tradisional dan pengajaran menggunakan teknologi). Suka dimaklumkan  bahawa tugasan anda minggu lepas yang berkaitan dengan wikihow.com hendaklah disertakan pautan kepada artikel tersebut. Sekiranya pelajar gagal berbuat demikian saya boleh menyifatkan tindakan anda sebagai plagiat iaitu meniru hasil tulisan orang lain tanpa diberikan kredit kepada tuan punya. Ini bermakna anda MENIRU. Meniru adalah tidak baik kerana anda bukan sahaja menzalami orang lain tetapi juga diri sendiri.

SILA LETAKKAN PAUTAN - artikel anda akan lebih dihormati.

Selamat Bercuti!

Aug 19, 2010

Ujian 1 - MGT 300 dan MGT 321

Tajuk: UJIAN MGT 300 & MGT 321
Lokasi: DK 1 dan DK 2
Jam: 3.00ptg hingga 4.30ptg
Butiran :  MGT 300 - topik 1 hingga 6
              MGT 321 - topik 1 hingga 5 
Kumpulan: MGT 300 (bmd5ba - 5bc) & (bmd4ga - 4gd)
                 MGT 321 (bmd5ga-5gd)

Bagusnya kalau boleh jawab periksa beramai-ramai. KERJASAMA
Kerusi dan meja di kelas I1-03 pada 2 semester lepas. Keadaannya agak baik.

Aug 12, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK

saya suka ramadhan, saya sangat suka ramadhan.
teringat ramadhan di zaman kanak-kanak, di dungun, di bangi, di rumah sewa, di fakulti dan sekarang di pejabat pula.

seperti bulan sebelumnya, tugasan mengajar akan dijalankan sebaik mungkin. apa yang berbeza pada bulan ini, tingkahlaku pelajar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menjayakan usaha saya untuk memberikan yang terbaik. baru 20 minit kelas berlangsung muka-muka yang kelayuan dapat dikenalpasti dengan cepat. mujur ada rakan sebelah yang boleh picit-picitkan badan untuk rasa segar semula. lantas bagaimana dengan pensyarah - siapa yang akan picit-picitkan kalau kita rasa mengantuk. isunya sekarang pensyarah tidak akan mengantuk kerana faham dan sedar akan tugasnya untuk mengendalikan kelas tersebut sekurang-kurangnya untuk 1 jam 45 minit. sekarang saya faham mengapa guru-guru saya dahulu tetap bersemangat dalam meneruskan proses mengajar, kadang-kala terdetik di hati "cikgu ni, tak penat ke?"

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua pembaca blog ini terutama pelajar kumpulan BMD5BA yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan blog mereka. jangan lupa sekali-sekala jenguk blog saya ini untuk mendapatkan maklumat dengan kursus anda.

Aug 8, 2010

Belajar

Kelas MGT 534 (Gelagat Organisasi)
Kumpulan OMB 3oa 3ob dan 3oc
Tajuk/ topik: Pembelajaran

Ada perkara yang kita perlu belajar dari pengalaman orang lain seperti contoh: penyalahgunaan dadah, kemalangan jalan raya dan juga akibat buruk jika tidak menghantar tugasan.

Bila dikenang kembali persediaan saya untuk mengajar topik ini, sering kali membuatkan saya tak tentu arah memikirkan pendekatan terbaik menyampaikan isi kandungannya. Bukan kerana topik ini sukar, tetapi pada saya ianya terlalu senang kerana ia berkaitan dengan cara pembelajaran seseorang. Di mana rata-rata mengetahui bahawa proses pembelajaran berlaku sepanjang masa dan setiap hari samada rasmi mahupun tidak rasmi. Topik ini akan memperkenalkan pelajar kepada beberapa teori iaitu Reinforcement Theory dan Social Learning Theory. Menariknya kesemua teori yang disebutkan telahpun digunapakai tanpa kita sedari. Oleh kerana topik ini begitu hampir dengan diri saya termasuklah pelajar sendiri, saya akhirnya terperangkap untuk menerangkan benda yang sangat mudah tetapi menggunakan terma-terma dalam Bahasa Inggeris yang mengelirukan. Berpusing-pusing ayat saya semasa menyampaikan syarahan, mencari contoh-contoh yang hampir, dan akhir sekali saya bawakan beberapa kisah atau cerita teladan untuk dikongsi di dalam kelas.
The seed, The Tiny Frogs Story dan Busy, akhirnya menyelamatkan syarahan saya. Di akhir kelas saya menanyakan kepada pelajar apa pengajaran yang boleh kita dapati daripada cerita dan kelas pada hari ini.

Sangat banyak ilmu pengetahuan yang kita perolehi melalui pemerhatian dan pengalaman berbanding pengetahuan yang kita perolehi melalui dokumen mahupun syarahan dari seorang pensyarah di dewan kuliah. 