Mar 17, 2016

Cerita PhD: Baucer Buku 1 Malaysia - KALI PERTAMA

Alhamdulillah, kali pertama dalam hidup dapatlah merasa baucer buku. Pelajar GSB UKM dapat RM250, rasanya samalah dengan kawan-kawan pasca siswazah semua.

Perasaan dapat baucer memang seronok betul. Semua orang pun bersungguh-sungguh menceritakan apa buku yang boleh kita beli dengan baucer ini.

Semester ini saya ambil 3 subjek;
- Product Policy and Strategy - Dr Nik
- Business Research - Dr Rasidah
- Qualitative Research - Dr Rosmah

Kelas Dr Rasidah secara amnya menjurus kepada kaedah penyelidikan khusus mengenai kuantitatif. Dr Rasidah mencadangkan kami mendapatkan buku Saunders et al (2016) bertajuk Research Methods for Business Students.

Dalam tempoh 6 bulan di UKM saya belum lagi menjelajah kampus secara keseluruhannya. Bukan kata kampus, Pusanika pun belum sempat dipanjat. Hari ini baru saya dan Kak Su baru sahaja mengetahui wujudnya kedai buku khas untuk pelajar UKM.

Hari sebelumnya saya telah menghubungi En Tan untuk mendapatkan buku ini. Mesej punya mesej dengan En Tan, kata beliau datang terus ke aras tujuh di Pusanika. Tapi tidak sangka hari ini dapat berjumpa dengan En Tan secara bersemuka. Ohh mesra orangnya dan sangat membantu. En Tan turut mencadangkan beberapa buku lagi yang sesuai untuk kami. Hari ini kami dapat membelek-belek buku baru seperti Hair et al (Multivariate analysis) RM98, Sekaran (Research Methodology) RM150 dan ada satu buku yang menarik keluaran Sage Publication, The Literature Review: a step-by step guide for students (RM75).

En Tan yang serba tahu tentang buku-buku untuk pelajar PhD

Buku Saunders et al (2016) berharga RM77. Saya dapat gunakan sekeping baucer RM50 dan tambah dengan tunai RM27 lagi. Seronok betul dapat memiliki buku dengan menggunakan baucer tidak tahu bagaimana nak gambarkan perasaannya. Sekarang kami sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan buku seterusnya. Tunggu kelas Dr Rosmah untuk subjek Qualitative yang mula pada bulan April pula.

Sekarang saya masih ada 4 keping lagi baucer

Bila sudah selesai sembang panjang kami pun membayar buku kami. Kak Su belikan juga untuk Rahimy. En Tan sempat menasihatkan kami agar gunakkan baucer ini untuk membeli buku-buku keperluan pelajaran. Bila kita sudah beli buku jangan lupa baca. Sebelum masuk kelas Dr Rasidah minggu depan Insyallah bolehlah belek-belek dulu buku ini. Ahhh..... bau buku baru sangat best yea.

En Tan boleh dihubungi di nombor yang seperti dicop di situ

Mar 4, 2016

Cerita PhD: Pertemuan Berkumpulan

Hari ini berpeluang berjumpa penyelia secara berkumpulan. Semua anak buah Dr Rasidah dipertemukan dalam satu perjumpaan untuk menceritakan kemajuan masing-masing.

Dah nazak sangat agaknya kami ni.. maka Dr panggil kami untuk berkongsi perkembangan masing-masing.

Ini kali pertama pertemuan diadakan. Kak Oswah turut serta. Semuanya ada 4 orang budak baru belajar.

Ali - Thriving 
Azlan - Workplace bullying
Huda - Knowledge hiding
Oswah - Work life balance

Dengan topik yang berbeza-beza maka setiap tunjukkan hasil yang telah dibuat dalam masa 3 minggu. Ali dan Azlan adalah senior; maka kemajuan mereka sudah jauh. Lompang kajian telah dikenalpasti tapi masih dalam proses memastikan hubungan antara pembolehubah boleh di sokong dengan literatur. 

Saya pula masih terkedek-kedek lagi mencari pemboleh ubah yag sesuai. Dulu lagi Dr nasihat supaya membaca tentang konsep knowledge sharing dan fahamkan. Tetapi oleh kerana saya degil maka, saya tidak ambil nasihat itu. Saya fikir dengan cara try and error saya dapat mengaitkan antara pemboleh ubah yang saya rasa sesuai untuk menerangkan fenomena menyembunyikan ilmu (knowledge)**.

Selepas sebulan rasanya tanpa apa-apa penemuan menarik, sekarang saya terpaksa juga buat perkara yang Dr katakan dulu. Mula dengan membaca konsep knowledge sharing. PENGAJARAN: jangan degil.

Ali dan Azlan menceritakan dahulu kemajuan mereka. Ali sudah tulis pernyataan masalah. Azlan membentangkan meta analysis. Fuhhhh senarai panjang dari tahun yang berkurun. Membayangkan kepada saya banyak lagi kerja yang perlu disiapkan untuk memahami konsep knowlegde sharing. Perlu lebih memecut selepas ini.

Saya membentangkan bacaan saya mengenai knowledge sharing dari perspektif penerima dan juga kuasa (power). Sebelum membentang saya terlebih dahulu minta maaf sekiranya idea-idea dan rumusan yang saya buat melalui pembacaan ini adalah salah.Tapi penyelia tetap positif dan ini sikap yang saya perlu pelajari dari Dr Rasidah yang sentiasa sabar dalam kemajuan saya. Seringkali saya yang tidak sabar-sabar. Ada ketikanya pemahaman saya salah, tapi Dr Rasidah tetap mengatakan 'good'. Ayat Dr berbunyi "Anyway, it is good for you to highlight this idea. Now we know it is wrong".

Emmm.... 

Satu lagi ayat kegemaran Dr "Its okay Huda, do not compare yourself with Ali and Azlan, one day you will reach at their stage". Itu ayat yang paling selalu digunakan untuk memujuk saya supaya jangan gelabah. Kenapa Dr? jelas sangat agaknya stress di air muka saya. 

Tapi hari ini banyak sekali input yang kami dapat. Dr memberi komen kepada pernyataan masalah yang ditulis oleh Ali dan kami semua sibuk mencatat nasihat Dr.

Tesis ini dibaca oleh beberapa orang sahaja; diri sendiri, penyelia, penyelia bersama dan pemeriksa. Mungkin juga 2, 3 orang junior yang akan membacanya sebagai rujukan. Oleh sebab itu Dr menasihatkan setiap ayat ditulis dengan jelas. Jelaskan di dalam ayat tersebut tentang apa yang sebenarnya hendak kita sampaikan. Kerana ayat yang ditulis itu kadang-kala tidak menggambarkan apa yang kita fikirkan.

Azlan, di suruh menulis pernyataan masalah untuk pertemuan akan datang. Ali akan memperbaiki pernyataan masalahnya. Saya, Dr minta terus membaca mengenai power dan juga mungkin larikan sedikit kepada organizational politic. 

Tepat jam 12.00 tengahari Dr perlu mengambil anaknya dari sekolah. Jadi tamatlah pertemuan kami hari ini. Kita akan berjumpa lagi 3 minggu dari sekarang. Insyallah.

** Berat betul rasanya menggunakan perkataan ilmu untuk menterjemahkan knowledge walaupun penggunaan terma knowledge adalah sangat biasa dalam literatur berbahasa Inggeris. Tetapi dalam suasana Malaysia dan Islam, perkataan "ilmu" dianggap lebih besar dan begitu signifikan. ATAU tanggapan saya sahaja. 

Feb 28, 2016

Niat nak buat PhD

Setakat sekarang sudah ada dua tiga orang adik-adik yang tanya macam mana nak mula belajar PhD. Nak mula dengan apa?

Saya jawab mula dengan menulis cadangan penyelidikan.

Research proposal yang kita nak tulis ini bukan seperti proposal semasa pengajian PhD. Tapi cukuplah sekadar untuk menyatakan niat dan minat kita terhadap tajuk yang kita minat.

“Okay… nak tulis apa dalam proposal?” Huhuhu… begitu soalan Izati pada saya.

Saya tulis jawapannya di bawah.

Selepas proposal ditulis, kita boleh mencari bakal penyelia. Pergi sahaja ke laman web mana-mana universiti dan perhatikan latar belakang dan resume pensyarah-pensyarah. Kita akan dapati di universiti mana terdapatnya kepakaran dalam bidang kita dan pensyarah inilah yang kita boleh hubungi.

Biasanya terdapat pensyarah yang akan menyenaraikan senarai penuh kajian dan penulisan yang mereka telah terbitkan. Ada juga yang memberitahu jumlah pelajar yang telah berjaya graduasi dibawah seliaannya. Namun, tidak semua pensyarah yang mempunyai maklumat yang lengkap. Tapi sekurang-kurangnya alamat emel mereka pasti ada tertera di situ.

Alamat emel inilah yang penting, kerana ini bermakna kita boleh menghubungi mereka dan lampirkan proposal yang telah kita sediakan. Tujuannya supaya pensyarah tersebut tahu yang kita benar-benar serius dengan pengajian PhD. Jika emel tersebut hanya disertakan dengan soalan-soalan yang biasanya sahaja, seperti;

1.    Bagaimana hendak menyambung pengajian PhD?
2.    Apa bidang kepakaran Dr?
3.    Bolehkah saya menjadi pelajar Dr?

Sudah tentulah potensi untuk pensyarah membalas adalah tipis kerana soalan-soalan tersebut kita boleh cari sendiri jawapannya di Internet. Ini memberi gambaran seolah-olah kita tidak membuat kerja rumah dan tidak bersungguh-sungguh untuk menyambung pengajian.

Emel yang ditulis juga perlulah unik. Tulis emel yang berbeza kepada pensyarah yang berbeza walaupun isinya dan maksudnya sama. Sekiranya kita mengemel kepada 5 orang pensyarah selalunya Insyallah yang akan ada yang membalas (walaupun sebenarnya saya selalu beranggapan pensyarah ini sibuk dan ada masa ke untuk balas emel dari orang yang tidak dikenali). Saya sendiri terkejut dengan balasan-balasan yang saya terima dari beberapa pensyarah yang pernah saya hanya hubungi melalui emel sahaja. Masyallah mereka sangat positif dan faham situasi kita yang sebenarnya kita masih dalam proses merisik-risik. Jika tiada balasan, kita fikir positif dan ingat tiada apa yang perlu dimalukan sebenarnya.

Okay.. apa yang hendak kita tulis dalam proposal ringkas kita ini? Tulis sahaja dalam 2 hingga 5 muka surat yang mengandungi perkara-perkara berikut;

1.    Nama Penuh
2.    Tajuk Cadangan
3.    Pengenalan / latar belakang
4.    Isu / masalah kajian
5.    Objektif kajian
6.    Kepentingan kajian
7.    Kajian kepustakaan
8.    Metodologi Kajian
9.    Rujukan

Walaupun ini proposal ringkas sahaja, tetapi kita tetap kena buat rujukan dan “citation”. Pastikan rujukan kita terkini untuk menunjukkan ada kepentingan kajian dan kesegeraan untuk mengkaji tajuk ini. Elok jika kita dapat kaitkan dengan isu semasa yang berlaku dalam persekitaran dunia dan Malaysia sekarang. Jangan lupa format rujukan perlulah yang betul dan seragam. Pakai satu format sahaja dan jangan campur-campur. Di situ pensyarah akan nampak usaha kita.  

Tapi ingin saya berpesan kepada Mira, Dayah dan Izati supaya tidak perlu untuk sediakan proposal yang lengkap dan sempurna pun. Semasa kita sediakan proposal ini kita pasti akan tertanya-tanya ada ke tidak isu penting?, relevan ke tajuk kita ni?, ada jurang kajian tak?, macam standad PhD tak proposal ini?. Berhenti fikirkan semua ini.

Soalan-soalan yang berlegar-legar dalam kepala ini akan menyebabkan keyakinan kita menurun. Kalau mahu tunggu ia sempurna sampai masuk pengajian pun tidak akan sempurna. Proposal ini hanya untuk menyatakan niat kita dan tajuk yang kita minati. Akhirnya kita tidak akan emel kepada sesiapa pun dan hanya diperam dalam cakera keras sahaja. Sekurang-kurangnya sekiranya kita emel kepada mana-mana pensyarah mereka akan membaca seimbas lalu. Selalunya disebabkan kepakaran mereka pasti dapat mengenalpasti potensi dalam cadangan kita dan jika bernasib baik akan ada pensyarah yang akan memberi cadangan untuk tambahbaik. Okay.. kat situ kita sudah dapat bonus. Yeayy!!

Lagipun proposal yang kita sediakan itu adalah idea kita sendiri. Jadi, kita kena faham ini adalah tacit knowledge. Biasakan kita kena dengar “Knowledge is Power” jadi jangan sia-siakan cadangan kita itu. Ia pasti ada potensi cuma perlu digilap sedikit demi sedikit. Tapi langkah pertama selepas tulis adalah emel kepada orang-orang yang berkenaan.

Boleh juga emel dahulu kepada rakan-rakan senior dan rakan-rakan kita untuk minta mereka semak dan komen. Kita pilihlah rakan-rakan yang kita selesa. Kalau mereka boleh beri komen itu sudah baik, kalau mereka tidak balas emel kita pun tak apa. Tak rugi pun.

Kepada Mira, Dayah dan Izati selamat berjaya tau…

Luangkan sedikit masa kita, mungkin sejam ke dua jam dalam sehari. Insyallah paling lama pun 2 minggu mesti kita sudah nampak hala tuju kita. Perkara yang ada dalam kepala kita bila sudah berjaya di tulis atau di taip pasti akan memotivasikan kita dan idea akan datang mencurah-curah. Insyallah.

Cabaran dalam menulis sebenarnya memerlukan sedikit kerja berfikir. Saya tidak nafikan nak mulakan berfikir itu sedikit sukar. Tapi poinnya di sini jangan putus asa. Fikir lagi….

Jan 23, 2016

Menjimatkan Bil Telefon Celcom

Ini bukan cerita pasal PhD, tapi kerana saya buat PhD lah saya telah menukar dari menggunakan prepaid ke pelan postpaid untuk kemudahan internet. Tapi lain pula ceitanya apabila bil saya yang melambung tinggi, rasa lagi untung pakai prepaid. Saya mengambil pelan RM69 sebulan dengan internet dan 60 minit panggilan percuma. Yang peliknya setiap bulan bil mesti lebih dari RM69 dan mencecah RM100. Sudah masuk 4 bulan saya pun semakin pelik. Walaupun ada potongan yang ditunjukkan di bil (60 minit panggilan percuma kemana-mana rangkaian) tapi masih ada banyak lagi panggilan yang dicaj. Pelik semakin pelik… 60 minit adalah bersamaan 1 jam. Satu jam memang laman maka saya hairan macam mana masid ada lagi lebihan panggilan.

Saya memantau bil saya secara atas talian, maka di atas ketidakpuasan terhadap perkhidmatan saya hantarkan pertanyaan ke Celcom. Pertanyaan tersebut saya karang dengan penuh sopan dimulakan dengan “Salam, Tuan/Puan” dan seterusnya 3 perkara yang utama;

1. Saya minta bil menjelaskan nombor-nombor yang saya panggil bukan semata-mata jumlah keseluruhan.
2. Saya meminta Celcom tunjukkan cara untuk menjimatkan bil. Saya difahamkan sekiranya saya mengambil pelan RM69, maka ini jumlah bil saya tapi sekarang saya selalu bayar lebih.
3. Saya minta tarikh sebenar pusingan bil saya, supaya saya tidak terlepas bayar ikut tarikh.

Semalam saya menerima panggilan dan seorang gadis Cina memperkenalkan diri sebagai Looi dari Celcom (maaf ya kalau salah eja, terlupa nak tanya "macam mana eja nama awak?"). Looi dengan sopan santun menjelaskan telah menerima pertanyaan, oleh kerana itu dia menelefon saya hari ini. Okay, kat sini terubat sikit hati kerana aduan saya hanya mengambil satu hari sahaja. Looi dalam pelat-pelat tetap berusaha untuk berbahasa Melayu dengan baik, walaupun ada juga kadang-kadang saya tidak faham sangat bila Looi bercakap terlalu laju. Looi memberi saya jawapan seperti berikut;

1. Bil saya sekarang hanya menunjukkan rumusan panggilan, jadi Looi akan menukarkan tetapan bil saya di sistem kepada “details”. Menurut Looi saya akan dapat lihat perincian panggilan bermula bulan depan (Februari).
2. Looi mengatakan bil saya tinggi mungkin disebabkan oleh langganan-langganan perkhidmatan pihak ketiga. Solusinya, Looi bersetuju untuk menghalang nombor saya dari terus menerima perkhidmatan pihak ketiga.
3. Tarikh pusingan bil saya adalah setiap 13 haribulan.

Dalam semua perkara di atas, perkara kedua sedikit membuatkan saya marah. Bagaimana kita boleh membayar kepada perkhidmatan yang tidak kita gunakan, memang jelas ketidakadilan di situ. Saya tanya Looi macam mana perkara ini boleh berlaku, Looi memberi jawapan selamat bahawa Celcom tidak boleh buat apa-apa. Tapi boleh bantu saya untuk menghalang nombor saya dari terus melanggan perkhidmatan yang tidak sepatutnya. Saya berasa pelik dan masih hairan, bagaimana Celcom tidak boleh buat apa-apa mengenai hal ini kerana ianya hanyalah sistem di komputer. Hanya satu klik boleh menjimatkan bil ramai pelanggan. Yang menambahkan geram pada perkhidmatan ini, bilamana kita mahu menghentikan langganan dengan menghantar pesanan “STOP” tapi kita pula dikenakan caj RM 0.50.

Sudahlah bukan dengan kehendak kita untuk melanggan (entah dari mana tiba-tiba kita dapat pesanan perkhidmatan), dan jika kita biarkan perkara ini sempatlah perkhidmatan ini disambung dalam 2 atau 3 minggu secara automotik. Kemudian ia akan hilang dengan sendiri. Boleh juga kita balas pesanan dengan menaip “STOP” tapi akan dikenakan caj. Kemudian, selang beberapa minggu ada perkhidmatan lain pula. Beginilah pusingan perkhidmatan tersebut. Hairan kan? Untuk memberi gambaran sebenar perasan tidak puas hati ini saya beritahu Looi, sekarang ekonomi tidak baik dan saya tidak mahu membayar perkara yang tidak saya gunakan. Saya mahu berjimat. Looi membalas dia faham dan bersetuju dengan penerangan saya. Saya akan tunggu Februari ini untuk melihat perubahan dalam bil saya.

Jadi, satu tindakan yang boleh kita buat untuk menjimatkan bil adalah dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan dan mengutarakan ketidakpuasan hati. Sekarang kita hidup dalam zaman teknologi di mana semuanya dalam tetapan “default” beserta caj. Jika, tidak mahu caj terus dikenakan kita yang perlu maklumkan untuk menukarkan tetapan itu. Jika kita diam maknanya kita setuju dengan “default”. Sangat licik permainan orang perniagaan. MANIPULASI. Tapi sebagai pelanggan kita perlu lebih cerdik dan pintar dari mereka menggunakan hak kita.

Oohh… satu lagi untuk pelanggan Celcom jika kita buat panggilan ke pusat khidmat pelanggan dari nombor prepaid kita akan dikenakan caj tapi jika dari nombor postpaid ianya percuma. Pengajaran untuk saya hari ini adalah gunakan hak kita sebagai pengguna sebaik mungkin. Mungkin rakyat Malaysia jenis tidak ambil berat atau malas mengambil tahu perkara yang remeh temeh. Seterusnya membuatkan kita membazir dan dan menanggung kerugian. RM1 atau RM2 mungkin kita nampak kecil tapi jika kita guna untuk bersedekah adalah lebih baik dari membayar perkara yang langsung kita tidak manfaatkan.

Jan 20, 2016

Cerita PhD: 1000 patah perkataan sehari? Apa dah jadi?

Ini post pertama 2016.

Apa sudah jadi dengan azam menulis 1000 patah perkataan sehari?

Huhu...

Memang saya sering diingatkan perjalanan PhD ini ada turun naik. Tapi tidaklah pula saya terfikir seawal ini "turun dan naik" nya itu.

Ya Allah..

Disember paling mencabar, oleh kerana banyak sangat cuti yang datang bertalu-talu ditambah jemputan-jemputan perkahwinan yang meresahkan kita sebagai tetamu. Nak datang salah, tak datang pun rasa bersalah. Makanya, mana yang sempat saya cuba hadirkan diri. Tapi hendak disalahkan cuti dan agenda orang mendirikan masjid tentulah tidak adil. Ini kerana perjalanan PhD ini adalah perjalanan saya. Saya yang pilih, saya yang lalu dan saya mesti sampai.

Walaupun tiada 1000 patah perkataan dalam sehari dan di post di blog, tapi kerja-kerja penulisan diteruskan. Cuma jika mahu dapatkan 1000 patah perkataan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu memang sangat mencabar. Kadang-kadang saya main tulis sahaja, walaupun ayat yang digunakan berulang-ulang jadi nampak penuh satu muka.

Tapi penulisan tesis sangat bergantung kepada banyaknya pembacaan yang kita buat. Jika kita hanya membaca sekadar dipermukaan sahaja, maka tulisan pun memang bodoh sangat bunyinya. Tiada IDEA.

Tip 1 (untuk menulis) - BANYAKKAN MEMBACA

Pada 9 Januari yang lepas, kami pelajar semester 1 perlu membentangkan idea penyelidikan kami di kolokium. Masing-masing sudah kelam-kabut dalam masa 4 bulan ada lagi yang belum tahu apa tajuk yang ingin dikaji. Bagi saya sendiri walaupun sudah ada tajuk yang diminati iaitu knowledge hiding tapi model keseluruhan belum boleh dibina. Jurang kajian pun belum jumpa.

Tapi hari Jumaat sebelum kolokium, saya berjumpa Dr Rasida. Saya sudah emel Dr Rasida slaid pembentangan saya terlebih dahulu. Sampai sahaja di bilik, maka bertubi-tubilah soalan Dr mempersoalkan idea sangat. Ok di sinilah pemikiran kritis diperlukan. Bincang punya bincang Dr cadangan saya buat perubahan pada slaid dan menambah penerangan tentang asal usul knowledge hiding.

Maka, saya perlu bertungkus lumus pada malam sebelumnya untuk menyiapkan slaid dan sudah tentulah proposal juga perlu dibaiki juga. Membaiki slaid sangat mudah tapi mahu menyiapkan laporan proposal yang hanya 10 muka surat panjang memang mencabar. Bila saya tulis, padam, tulis, padam.... maka akan ada rasa-rasa nak buat jahat untuk copy dan paste. Arrrghhh..... susahnya menulis!! Mujur ada kefahaman bahawa meniru adalah salah, tapi itulah yang akan terjadi bila menulis di saat-saat akhir. Itupun kali ini kami tidak diminta untuk menyemak kerja kami di Turnitin, kalau tidak lagi parahlah kami semua.

Tip 2 (untuk menulis) - JANGAN MENULIS DIAKHIR WAKTU (kecuali memang sudah tahu apa yang hendak ditulis)

Hari kolokium pun tiba. Masing-masing sudah berdebar. Yang menambahkan debar adalah kerana senior kami pun ada dijadualkan bersama dalam pembentangan kali ini. Kalau hendak dibandingkan kami dengan senior sudah tentulah macam langit dan bumi beza kerja kami. Bilik saya ada Kak Sham, Riz, Riduan, Tika dan Nina bersama panel Dr Rasida dan Dr Rosmah. Yang lain adalah 3 orang senior bersama kami. Prof June juga masuk mendengar pembentangan apabila bilik yang satu sudah selesai. Giliran saya tiba selepas rehat minum pagi. Saya mulakan pembentangan seperti yang diarahkan Dr Rasida untuk menerangkan perihal knowledege sharing dan barulah menerangkan konsep knowledge hiding.

Pembentangan berlangsung agak panjang. Sehingga saya diingatkan oleh pengerusi saya ada 2 minit lagi. Ada beberapa slaid yang saya tinggalkan dan sememang pembentangan kali ini hanya menguji kefahaman saya mengenai tajuk saya iaitu knowledge hiding. Saya benar-benar menjelaskan sebaik mungkin di 5 slaid pertama. Kerana menurut Dr Rasida saya perlu memahamkan rakan-rakan yang lain mengenai knowledge hiding dan kaitannya dengan knowledge sharing.

Setelah sekian lama para pengkaji membincangkan soal knowledge sharing, kini ada 1 dimensi baru dalam bidang ini yang boleh diberi perhatian iaitu knowledge hiding. Ramai orang menyangka ianya seakan sama dengan lack of knowledge sharing. Tetapi tidak, ini kerana mengapa orang tidak share knowledge adalah kerana dia tidak punya knowledge tersebut. Knowledge hiding berlaku apabila seseorang bertanyakan perihal knowledge tersebut tetapi orang yang ditanya itu mempunyai niat untuk menyembunyikannya. Konsep knowledge hiding juga berbeza dengan knowledge hoarding, di mana seseorang hanya gemar mengumpulkan knowledge-knowledge dan belum pasti dia akan mengkongsikannya pada masa akan hadapan.

Semasa membentangkan slaid yang pertama saya terbayang-bayang situasi di temuduga secara lisan di fakulti satu masa dahulu. Itulah isi yang sama yang utarakan kepada panel menekankan mengapa saya mahu melakukan kajian mengenai knowledge sharing. Untuk pendahuluan ianya berkisar mengenai;

Apa?
Mengapa?
Siapa?
Bagaimana?

Tajuk knowledge sharing sememangnya telah menjadi pilihan dari awal sehingga kini. Malah saya sekarang masih menjalankan projek RAGS yang juga berkenaan knowledge sharing bersama Nisa dan Dr Ida. Tapi projek ini adalah berkenaan dengan online knowledge sharing. Cuma bezanya dulu semasa temuduga saya mahu membuat kajian mengenai knowlegde sharing dari perspektif penerima. Tetapi setelah berbincang dengan Dr Rasida di minggu pertama mendaftar sebagai pelajar GSB UKM, beliau menyarankan saya mengkaji knowledge hiding. Ohhh... alhamdulillah sedikit sebanyak bidang ini masih berkait dan memudahkan saya dalam memahami bidang kajian saya. Paling utama inilah bidang yang saya minat.

Saya minat mengenai knowledge sharing sesuai dengan kerjaya saya sebagai pensyarah yang menuntut saya untuk berkongsi ilmu-ilmu baru dengan para pelajar. Saya juga sangat percaya kepada konsep "sharing is caring". Saya juga percaya kepada janji Allah apabila matinya seorang anak Adam maka terputuslah semua amalan 3 perkara;

1. doa anak yang soleh
2. sedekah jariah
3. ilmu yang berpanjangan

Tip 3 (untuk buat PhD) - PILIH TAJUK YANG KITA BENAR-BENAR MINAT

Alhamdulillah, hari ini saya dapat juga menyiapkan catatan ini walaupun saya kurang pasti adakah ianya mencapai 1000 patah perkataan. Tapi saya akan menyambung kerja menulis untuk menyiapkan kertas kerja RAGS. Sekarang saya perlu memperbaiki bahagian saya mengenai trust dan online knowledge sharing berdasarkan komen Dr Ida. Sesungguhnya kerja menulis bukanlah tugas mudah tetapi boleh dijayakan dengan memperbanyakkan tulisan. Itulah logik mengapa saya perlu menulis setiap hari.

Mudah-mudahan saya diilhamkan untuk terus menulis, Amin...