Nov 25, 2015

PhD, buat macam pergi kerja.

Alhamdulillah semalam berjaya menulis melebihi 1000 patah perkataan. Justeru, hari ini niat murni diteruskan sambil memikir-mikir apa sebenarnya yang hendak diceritakan. Sebelum tulisan diteruskan saya sudah pilih tajuk berkisar soal “anggaplah PhD macam pergi kerja”. Semalam Dr Vijay dan ramai lagi senior-senior sudah pernah berpesan, untuk kekal konsisten dalam kerja PhD buat macam pergi kerja. Pergi kerja jam 9.00 pagi balik jam 5.00 petang itulah sahaja rahsianya. Oleh kerana UKM tak jauh sangat jadi dalam 8.30 pagi saya dah keluar rumah, ada sikit masa nak pergi tandas atau pergi makan sebelum 9.00 pagi saya mula bekerja.

Masuk sahaja jam 5.00 petang saya sudah mula siap-siap hendak balik. Tapi saya biasanya suka solat Asar dulu di sekolah, jadi dalam jam 5.30 hingga 5.45 petang saya akan bergerak pulang. Bezanya kini, semasa bekerja kita ada kad perakam waktu yang perlu diketip. Tapi sekarang tiada kad dan tiada sesiapa yang akan memerhatikan kita samada kita telah mula bekerja atau belum.

Boleh sahaja saya mengelat, sebagai contoh ambil masa yang lama untuk makan tengahari ataupun rehat pagi. Memang tiada siapa yang akan bertanya, kerja PhD dah sampai mana? Masa bekerja saya terikat dengan jadual kelas. Jadi, saya tidak mahu masuk ke kelas lambat kerana telah mengikat kontrak dengan para pelajar yang saya akan sampai awal ke kelas. ‘Kontrak psikologi’ adalahh konsepnya yang dibincangkan secara meluas dalam literatur kajian gelagat organisasi dan psikologi. Kontrak ini yang terbahagi kepada dua iaitu; kontrak hubungan dan kontrak transaksi. Dalam teori ini ia membincangkan persetujuan antara dua pihak ke atas sesuatu dalam hubungan mereka yang tidak semestinya ditulis. Sebagai contoh, pekerja dan ketua, sesama rakan sekerja dan anak dan ibubapa dn dalam kes saya pelajar dan guru. Ianya kontrak yang difahami oleh kedua-dua pihak secara sedar sesuai dengan namanya kontrak psikologi.

Sekiranya kontrak ini dipecahkan maka ia akan membawa kepada beberapa implikasi kepada pihak-pihak yang terlibat. Akibat ketidakpercayaan mungkin sahaja boleh berlaku penurunan dalam prestasi kerja, boleh jadi terjadilah tingkahlaku yang negatif seperti ponteng kerja, mencuri perkakas pejabat, mencuri masa, dan bermacam-macam lagi. Semua ini telah dibincangkan secara mendalam di dalam kajian-kajian lepas dan dibuktikan kebenarannya. Tetapi, dalam kes saya yang tidak dikawal selia oleh sesiapa, jadi bolehkah teori psikologi ini digunapakai? Saya boleh dianggap menandatangi kontrak psikologi ini dengan majikan saya, penaja saya, ibubapa saya, tuhan saya, dan diri saya sendiri.

Walaupun majikan tiada di depan mata, penaja tiada di depan mata, ibubapa dan keluarga tiada didepan mata apatah lagi ALLAH. Tapi mereka semua wujud, wujud dalam psikologi saya dan saya sedar akan kewujudan mereka adalah sangat signifikan. Kontrak psikologi antara saya dan diri sendiri? Sesuatu yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam. Oleh kerana teori ini menekankan perjanjian adalah antara 2 pihak jadi, saya dan diri saya sendiri adalah orang yang sama. Mungkin juga ada teori lain yang lebih sesuai untuk menerangkan situasi ini seperti; konsep komitmen, motivasi kendiri, kepuasan kerja dan lain-lain lagi.

Tetapi kontrak PhD antara saya dengan majikan, penaja, ibubapa, keluarga dan ALLAH rasanya sukar untuk dicurangi oleh mereka, kecuali saya sendiri yang mengingkarinya. Sekiranya saya malas membaca, saya malas mencari bahan, saya malas bangun tidur, saya malas ke sekolah, saya malas berfikir dan bermacam-macam lagi MALAS maka, kesan mencurangi kontrak itu akan berakhir dengan rasa kecewa kepada diri saya sendiri. Kecewa kerana gagal menghabiskan PhD (diandaikan kes paling buruk, saya doa tidak berlaku). Sedikit ianya akan memberi kesan kepada penaja dan majikan. Majikan akan menerima seorang kakitangannya yang belum menamatkan pengajian dan lemau untuk mulakan tugas kerana kerana tertekan. Penaja perlu mengambilkira saya dalam statistik pelajar yang masih meneruskan pengajian PhD, yang mana statistik itu mahu dikurangkan.

Sekarang kontrak saya dengan ALLAH lebih membuatkan saya gusar memikirkannya. Saya yakin Islam pasti ingin umatnya berjaya, dan sejarah telah membuktikan kehebatan orang-orang yang beriman seperti para nabi, para sahabat, dan semua yang benar-benar memahami agama ini. Adakah para nabi dan golongan yang disebutkan di atas merasakan diri mereka sedang mengikat kontrak dengan ALLAH? Saya terfikir akan janji semua roh di saat ditanyakan adakah kita mengaku bahawa ALLAH adalah tuhan yang esa, dan semua roh menjawab kamulah TUHAN kami. Tetapi kenapa kontrak itu seakan mudah sekali dilupakan.

Tetapi rasa iman ini pelik sekali, di saat ALLAH tidak pernah kita lihat secara mata kasar tapi imanlah yang memandu perbuatan kita. Saya tidak mahu bercakap soal yang besar kerana iman saya begitu lemah. Namun, contoh biasa yang saya dengar dari ceramah-ceramah ustaz dan ustazah antaranya kita tidak akan minum air ketika kita sedang berpuasa di saat tiada orang yang memerhati. Dan pastinya banyak lagi contoh iman. Cuma saya rasa kadang-kadang saya lupa bahawa itu adalah iman kerana ia begitu rutin sekali. Di saat saya menulis artikel ini baru saya memikirkan adakah perbuatan saya itu adalah lambang keimanan.

Berbalik kepada tajuk di atas “buat PhD macam pergi kerja”, bolehkah saya mengambilkira kontrak psikologi PhD saya ini sebagai KEIMANAN. Di saat saya menaip perkataan keimanan sebentar tadi dalam huruf besar, meremang bulu roma saya memikirkan soal ini.
.
.
.
.
.
.
.

Saya berfikir sejenak, saya menganggap pengajian PhD ini adalah serius. Seterusnya, otak saya memutuskan PhD ini memang berkait dengan persoalan iman. Kontrak psikologi PhD saya ini bersama pihak-pihak yang terlibat adalah usaha-usaha dan kerja-kerja keimanan. Dalam kontrak ini saya tidaklah bermaksud menyamakan pihak-pihak lain dengan ALLAH, kerana dalam Islam; ALLAH itu ESA. Bekerja adalah tanggungjawab, menghabiskan penggajian PhD juga tanggungjawab. Ya ALLAH berilah saya kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi usaha PhD ini. 

Mulai hari ini saya perlu memikirkan kembali dan memikirkan sedalam-dalamnya akan niat saya menyambung PhD. Jika dikenang-kenang semasa bekerja ada sahaja masa-masa yang curi tulang, saya malas, dan pelbagai tingkahlaku yang tidak produktif maka tidak mustahil saya akan mengulangi perbuatan tersebut dalam tempoh penggajian ini. Tetapi saya tidak mahu membuat kerja yang sia-sia itu lagi dan merisikokan PhD ini. Teringat satu ceramah Ustaz Pahrol yang mengingatkan bahawa malas itu adalah sifat mazmumah. Ini bermaksud sekiranya kita malas, kita sebenarnya berdosa. Beliau menambah satu cara itu kita taubat dari sifat malas ini adalah dengan menjadi RAJIN. Bila fikir-fikir balik banyak sangat dosa malas kerana setiap hari saya merasa malas. Takut juga nih… Selepas ini perlu amalkan doa untuk mengelakkan dari sifat malas setiap hari.

Doa yang biasanya di baca dalam zikir Al Mathurat 3 kali pagi dan petang (Sumber: Google Image)

“Buat PhD macam pergi kerja”, satu idea yang disampaikan oleh senior-senior dalam satu ayat yang ringkas. Tapi maksudnya dalam sekali, samada buat PhD dan bekerja perlulah dibuat dengan bersungguh-sungguh. Mengambil pengajaran dari tokoh-tokoh Islam yang hebat dalam kepercayaan mereka kepada ALLAH, hebat dalam melaksanakan kerja-kerja seharian mereka. Mereka mampu menghafal Al-quran dan beribu-ribu Hadith, mereka mahir dalam ilmu mereka masing-masing seperti perubatan, astronomi, matematik, falsafah dan sebagainya. Kehebatan dan bakat mereka sudah tentulah berbekalkan iman mereka kepada ALLAH. Sesungguhnya manusia memang makhluk yang hebat diciptakan ALLAH, Subhanallah. Namun, melihat kepada diri sendiri saya merasa insaf mengapa saya tidak mampu menjadi sehebat itu.

NOTA:
25 November 2015 (dikemaskini pada 26 November 2015)
1121 patah perkataan

Teori dan konsep OB dalam artikel ini diterjemahkan seperti berikut. Tingkahlaku organisasi - Organizational behaviour; kepuasan kerja - Job satisfaction; motivasi kendiri – self motivation; kontrak psikologi - psychological contract; komitmen — commitment.

Menulis 1000 patah perkataan sehari

Hari ini saya mengikuti bengkel PhD di USIM bersama fasilitator Dr Vijay Kumar Mallan dari Otago University. Dr Vijay memperkenalkan beberapa konsep dan idea untuk menjadi pelajar PhD yang lebih efektif. Antaranya bagaimana mengasah bakat kita untuk menulis. Saranan Dr Vijay setiap pelajar mesti menulis sekurang-kurangnya 1000 patah perkataan sehari. Jadi artikel yang saya tulis ini adalah untuk menyahut saranan Dr Vijay.  

Dr Vijay Kumar Mallan (sumber; Google Image)

Bagi menjayakan misi ini saya sudah tetapkan sasaran untuk mengemaskini blog ini setiap hari dengan menulis tentang apa-apa yang berkaitan dengan kerja-kerja PhD saya. Saya sempat bertanya kepada Dr Vijay, apa yang saya boleh tulis di peringkat awal pengajian PhD saya? Dan jawab Dr Vijay, tulislah apa-apa sahaja yang berkaitan dengan apa yang kita fikirkan pada hari tersebut, atau mungkin juga rumusan artikel yang dibaca pada hari tersebut. Jadi cabaran saya sekarang adalah untuk istiqomah menulis dan menaip di komputer ini setiap hari. Justeru, saya perlu memberi tugasan kepada diri sendiri.

Tugasan kepada diri sendiri untuk menulis setiap hari membenarkan otak saya berfikir tentang beberapa perkara. Pertama, saya mesti memikirkan apa tajuk yang perlu saya tulis kerana saya perlu pastikan topik saya tidak terlalu umum. Kedua, saya perlu memikirkan masa yang sesuai untuk saya menulis, saya tidak mahu menulis pada waktu produktif yang sepatutnya luangkan untuk membaca artikel. Ketiga, saya mesti memikirkan isi kandungan artikel saya dan susunannya supaya ianya menjadi artikel yang berstruktur.

Semasa saya sedang menulis artikel, saya sedang menjalankan proses berfikir. Saya berfikir apa yang perlu saya tulis dan kesinambungannya. Walaupun beberapa kali sesuatu ayat dimulakan dan dipadam kerana saya merasakan ianya tidak sesuai. Tetapi setiap kali satu perkatan berjaya ditaip di skrin saya merasa seronok dan teruja melihat bagaimana tulisan saya berkembang (sambil mata memandang ke arah “word count” dan sehingga perkataan INI saya baru menulis 297 patah berkataan. Oohhhh.. saya ada 700 ratus perkataan lagi untuk di tulis.
Sekarang, saya kena teruskan menulis dan saya tidak boleh berhenti di sini. Saya perlu capai 1000 dalam artikel pertama saya.

Memandangkan ini adalah tugasan pertama saya, maka saya memberikan sedikit kelonggaran kepada diri sendiri untuk menulis dalam Bahasa Melayu. Dengan cara ini ia memberikan saya sedikit kelonggaran kepada diri sendiri untuk bermula dengan mudah. Tetapi saya telah tetapkan bahawa dalam tempoh sebulan dari sekarang atau kurang dari itu saya perlu mula menulis dalam Bahasa Inggeris. Saya telah memilih untuk menulis tesis saya dalam Bahasa Inggeris jadi saya perlu mulakan strategi untuk menambahbaik Bahasa Inggeris saya. Salah satu cara yang dikongsikan oleh beberapa senior adalah dengan cara memberi perhatian tentang bagaimana sesuatu ayat ditulis dalam artikel yang saya baca.

Oleh kerana, penulisan artikel akademik dan artikel ringan adalah berbeza maka minat dan cinta kepada membaca artikel akademik terutamanya di jurnal yang berkualiti adalah sangat penting. Dalam tempoh 2 bulan setengah ini saya masih menghadapi masalah untuk fokus kepada pembacaan kepada artikel tersebut. Satu artikel akademik mengambil masa 3 hingga 4 hari untuk dihabiskan. Kadang kala lebih malang lagi saya hanya tinggalkan sahaja artikel tersebut tanpa saya habis membacanya. Saya seringkali rasa kecewa kerana setelah hari petang saya dapati hari itu berlalu tanpa menghasilkan apa-apa. Saya sedar dan faham sekiranya perkara ini berterusan maka peluang saya untuk tamat pengajian dalam tempoh 3 tahun tidak akan tercapai.

Dr Vijay juga ada melontarkan persoalan “why are you doing a Phd?” saya memikir-mikir sendiri dan menjawab mengapa saya mengambil keputusan untuk membuat PhD. Ada banyak jawapan yang boleh saya berikan antaranya, saya inginkan perubahan dalam diri saya. Setelah menghabiskan masa selama 6 tahun mengajar saya mula hilang minat mengajar. Saya mula merasa bosan untuk masuk ke kelas, saya bosan mengulang-ulang silibus walaupun di kelas yang berbeza dan kepada pelajar yang berbeza. Di saat rasa bosan ini datang saya merasa begitu sedih sekali, adakah ini akhirnya hidup saya dengan melakukan kerja yang sama setiap hari. Masuk kelas, memberi syarahan berdasarkan silibus yang sama dan mengulangnya lagi pada semester hadapan.

Saya juga merasa sedih, kerana dulu saya merasakan mengajar adalah sesuatu kerja yang sangat mencabar tetapi kini kenapa saya merasa mengajar langsung tidak mencabar lagi. Dulu saya selalu memberi galakkan kepada pelajar saya yang berminat untuk mengajar, tapi sekarang saya berasa saya telah memberi galakan yang salah. Satu peristiwa lucu sewaktu saya berjalan untuk ke kelas, saya di sapa oleh seorang pensyarah senior “Huda, awak nak pergi mana?” saya menjawab “Saya nak pergi ke kelas” senior bertanya lagi “macam ni je awak pergi ke kelas?” setelah beliau hairan mengapa saya berjalan dengan memegang sebatang marker pen sahaja untuk ke kelas. Saya menerangkan dengan cuba memberi jawapan yang paling selamat sekali “saya ke kelas makmal, semua bahan pengajaran saya di dalam I-learn portal” dan senior membalas lagi, “Huda, awak memang hebatlah”. Saya ketawa walaupun terkejut di tanya sedemikian rupa.

Mendengar soalan itu membuatkan saya berfikir. Dulu saya merasakan mengajar begitu mencabar kerana untuk ke kelas saya akan membuat persediaan, saya akan membaca nota, menyediakan slaid, mencari bahan tambahan kepada kuliah saya dan bermacam-macam lagi hanya kerana saya perlu bersedia sebaik mungkin untuk menyampaikan kuliah dan memberi kefahaman kepada pelajar. Tapi setelah 5 tahun semua ini tidak perlu lagi kerana saya merasa saya sangat-sangat bersedia. Silibus yang sama, format pemarkahan yang sama, cuma pelajar yang berbeza. Lantas, mengajar tidak lagi mencabar saya. Sebaliknya saya merasa letih kerana melakukan rutin yang sama diulang 2 kali setahun (1 tahun ada 2 semester).

Saya pergi berjumpa Dr Wan, ketua jabatan saya dan memberitahu beliau “Dr, saya rasa sangat bosan mengajar?” Dr Wan menjawab “it is your time to do your PhD”. Jawapan Dr Wan menyedarkan saya, oohhh saya boleh pilih untuk membuat sesuatu yang lain selain dari mengajar untuk menghilangkan rasa bosan ini. “Okaylah Dr, saya rasa mungkin inilah masanya saya perlu memikirkan tentang diri saya sendiri”. Saya setuju dengan cadangan Dr Wan, saya perlu lakukan sesuatu yang mencabar diri saya. Maka bermulalah usaha saya untuk meletakkan cita-cita untuk menyambung PhD. Di peringkat awal saya masih “meletakkan” cita-cita kerana saya masih mencari-cari maklumat bagaimana proses untuk menyambung PhD. Saya mula bertanyakan kepada senior-senior yang telah menamatkan pengajian PhD dan mereka yang sedang menyambung PhD. Bertuahnya saya pada masa itu, ada dua orang senior yang baru kembali dari pengajian PhD mereka. Walaupun dikatakan baru tapi, tidaklah baru sangat kerana Dr Ida dan Dr Sharifah sudah hampir setahun kembali ke kampus. Tapi saya sendiri hairan kenapa dulu saya tidak perasan akan kehadiran mereka untuk merangsang minat saya untuk menyambung pelajaran.

Sekarang saya faham, kemahuan untuk menyambung PhD haruslah datang dari dalam diri kita sendiri, orang lain mungkin boleh cadangkan kepada kita untuk sambung belajar. Tetapi saat saya mengambil keputusan untuk membuat PhD adalah kerana tolakkan dari dalam iaitu “saya nak buat phd kerana SAYA… ”.

Alhamdulillah sehingga ayat ini saya telah melepasi 1000 patah perkataan. Artikel pertama saya mungkin sedikit tidak teratur tapi saya seronok kerana terasa seperti otak ini digunakan sepenuhnya. Saya perlu memerah apa yang ada di dalamnya untuk disampaikan dalam artikel ini. Hari ini, saya dapat 2 perkara, pertama saya pergi ke USIM dan menghadiri bengkel Dr Vijay dan kedua saya berjaya menulis lebih dari 1000 patah perkataan. Walaupun saya tidak membaca satu perenggan pun artikel PhD saya pada hari ini, tapi saya puas hati kerana berjaya mengerahkan otak saya berfikir. Hari esok saya perlu bangun awal dan meletakkan sasaran untuk menghabiskan satu artikel yang saya tertangguh kelmarin.

Dr Vijay ada berkongsi banyak lagi idea, jadi saya akan simpan untuk penulisan esok.

NOTA:
24 November 2015 (dikemaskini di blog pada 25 November 2015)
1224 patah perkataan
Satu jam lebih masa digunakan untuk menulis artikel ini.

Nov 19, 2015

Tajuk oh Tajuk!!

Walaupun hari ini dah 2 bulan lebih dah nih, tapi tajuk belum dapat lagi. Memang kebanyakkan orang kata tajuk kemudian. Apa yang penting sekarang apa yang kita minat untuk study.

Tapi persoalan yang popular dikalangan kawan-kawan kita samada yang buat PhD ataupun tidak adalah "apa tajuk phd?". Aduh.. untuk orang-orang yang baru macam saya nih, yang belum dapat idea sebenar tentang tajuk kajian, soalan itu memang sukar dijawab.

Bila kita jawab "knowledge hiding tapi tak spesifik lagi lah".. kawan akan beritahu tajuk dia orang pulak, inilah yang buat kita rasa tertekan. Ditambah lagi kalau kawan mengulas dengan panjang lebarnya tajuk dia, emm... lagi saya tertekan.

Tapi saya dengar dan angguk-angguk sahaja, sambil kata "wahh... menarik tajuk itu!" (memang menariklah tajuk kajiannya).

Situasi belajar phd yang kebanyakkan masa berseorangan. Maka, haruslah diketahui bilamana kita dapat bercakap dengan seseorang tentang tajuk kita itu sememangnya itulah perkara terindah dalam hidup kita pada hari ini.

phdcomics.com terima kasihlah kerana buat kartun-kartun yang comel ni semua. 

Berbanding semalam yang kosong, hari ini rasa sedikit berisi otak saya, Alhamdulillah. Masih dalam usaha merencana idea penyelidikan dan dapatlah jumpa sesuatu yang menarik; attachment theory,

Hari ini semua berkenaan dengan attachment theory, ada 3 jenis attachment:
1. securely attachment
2. avoidant attachment
3. anxious attachment

Rujukan

Dahling, J. J., & Librizzi, U. a. (2014). Integrating the Theory of Work Adjustment and Attachment Theory to Predict Job Turnover Intentions. Journal of Career Development, 42(3), 1–19. http://doi.org/10.1177/0894845314545169

Littman-Ovadia, H., Oren, L., & Lavy, S. (2013). Attachment and Autonomy in the Workplace: New Insights. Journal of Career Assessment, 21(4), 502–518. http://doi.org/10.1177/1069072712475282

LITTLE, L. M., NELSON, D. L., WALLACE, J. C., & JOHNSON, P. D. (2009). Integrating attachment style, vigor at work, and extra-role performance. Journal of Organizational Behavior, 30(July 2010), 839–862. http://doi.org/10.1002/job

Sejak dah belajar guna Mendeley nih membuat rujukan hanya dihujung jari. Rujukan diatas boleh salin dan tampal jer... Subhanallah.

Nov 18, 2015

KOSONG

Adakalanya kita rasa kosong. Sehari masa berlalu, tapi kita tak buat apa-apa. Huhu menangis dalam hati. "Apa yang aku buat hari ni?"

Baca-baca kosong
Cari-cari kosong
Fikir-fikir kosong

Jadi ambil keputusan nak tulis blog ni walaupun otak kosong tak ada idea apa nak tulis. Sakit betul, sedih betul, kecewa betul. Tapi hari pun dah petang.

Kalau dapat berjogging di petang macam nih pun best juga.. (Imej dari Google.com)

Sekarang dah masuk November, hari-hari hujan di Bangi. Cuaca sejuk dari siang ke malam, membuat mata lebih cepat kuyu dan pagi pun liat nak bangun. 

Esok, macam mana dengan esok?

Esok, kena tentukan apa nak dibuat jangan dibiarkan hari berlalu kosong.

Tapi dalam 3 bulan nih, memang akan ada hari-hari yang kita pun tak boleh nak buat apa-apa. Puas juga memaksa diri tapi entahlah, mungkin perlu lebih lagi mujahadah.

- cari persekitaran baru
- cari bahan bacaan baru
- cari kawan baru 
- bercakap perkara yang baru
- cuba sesuatu yang baru, mungkin resipi emm...

Resepi Burger Malaysia  ambil dari (http://iresipi.com/resepi/burger-malaysia-terbaik/show)

Tapi perkara paling penting dalam resepi nih adalah sambalnya. Nak buat sambal yang sedap tuh yang tak berapa reti sangat. Jadi mulakan dengan membuat sambal tumis dulu, kena bergurulah nih.

Selamat minum petang, kopi O kosong jelah jawabnya.

Sedapnya burger Malaysia.. (Imej dari Google.com)

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan (256g) tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar majerin atau shortening
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 1/2 sudu besar gula halus
  • 180ml air suam

Cara Penyediaan:

  1. Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
  2. Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
  3. Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
  4. Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
  5. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
  6. Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
  7. Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
  8. Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit
  9. Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
  10. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.
  11. Tips:
    Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat

n.

Nov 16, 2015

Masuk Kelas Statistik (untuk Kajian Sains Sosial)

Semalam masuk kelas SPSS bersama Dr Rashida Arsad. Bulan lepas pun dah masuk kelas SEM AMOS. Ohh rupanya senang sangat menggunakan AMOS terutamanya fungsi grafiknya yang sangat membantu.  Walaupun ada yang kata masih awal untuk masuk kelas-kelas statistik ni tapi rasanya elok sahaja. Kelebihan utama masuk kelas statistik di peringkat awal pengajian PhD ialah membantu kita memahami artikel dengan lebih baik.

Dalam semester satu, biasanya penyelia minta kita membaca topik yang berkaitan dengan minat kajian kita sebanyak yang mungkin. Kenapa pula nak cakap “biasanya” sebab rata-rata kawan-kawan yang sedang dalam semester 1 PhD semuanya kata “sedang baca artikel”. Jadi baca artikel adalah satu proses yang perlu dibiasakan. Kebenaran yang perlu kita akui adalah bukan senang nak baca artikel ini, sebab kadang-kadang kita boleh terlelap sambil membaca. Satu sebabnya adalah kerana artikel akademik sedikit sukar untuk difahami bagi orang yang kurang pendedahan kepada artikel jornal terutamanya pelajar baru macam kita.

Dalam bahagian findings biasanya kita akan baca yang bahagian teknikal dan melibatkan statistik yang mana pelbagai cara penyampaian yang ditunjukkan oleh penulis. Sesuatu yang membuatkan kita kadang-kadang tinggalkan bahagian tersebut. Justeru, dengan megikuti kelas statistik kita akan mempunyai kefahaman tentang kerja yang diusahakan oleh  penulis. Kita dapat memahami mengapa penemuannya dipersembahkan dalam pelbagai rupa dan mengapa dalam rupa itu.

Rupa-rupa penulisan dalam bahagian findings diolah supaya kelihatan canggih dan dapat menambaikan nilai kepada artikel tersebut. Walaupun, nampak begitu kompleks tapi bila sudah masuk kelas statistik, oohh rupanya ini yang penulis sampaikan. Jadi bertambahlah kefahaman kita. Lagi satu, dalam kelas statistik kita boleh terus bertanya kepada pensyarah tentang apa-apa yang kita tidak faham dalam artikel yang kita baca. Bila pensyarah bagi contoh kita terus serta merta dapat reflek contoh tersebut.

Luangkan sedikit masa untuk masuk kelas statistik dalam semester 1 dan Insyallah ianya sangat berbaloi.