Baca-baca kosong
Cari-cari kosong
Fikir-fikir kosong
Jadi ambil keputusan nak tulis blog ni walaupun otak kosong tak ada idea apa nak tulis. Sakit betul, sedih betul, kecewa betul. Tapi hari pun dah petang.
Kalau dapat berjogging di petang macam nih pun best juga.. (Imej dari Google.com) |
Sekarang dah masuk November, hari-hari hujan di Bangi. Cuaca sejuk dari siang ke malam, membuat mata lebih cepat kuyu dan pagi pun liat nak bangun.
Esok, macam mana dengan esok?
Esok, kena tentukan apa nak dibuat jangan dibiarkan hari berlalu kosong.
Tapi dalam 3 bulan nih, memang akan ada hari-hari yang kita pun tak boleh nak buat apa-apa. Puas juga memaksa diri tapi entahlah, mungkin perlu lebih lagi mujahadah.
- cari persekitaran baru
- cari bahan bacaan baru
- cari kawan baru
- bercakap perkara yang baru
- cuba sesuatu yang baru, mungkin resipi emm...
Resepi Burger Malaysia ambil dari (http://iresipi.com/resepi/burger-malaysia-terbaik/show)
Tapi perkara paling penting dalam resepi nih adalah sambalnya. Nak buat sambal yang sedap tuh yang tak berapa reti sangat. Jadi mulakan dengan membuat sambal tumis dulu, kena bergurulah nih.
Selamat minum petang, kopi O kosong jelah jawabnya.
Sedapnya burger Malaysia.. (Imej dari Google.com) |
Bahan-Bahan:
- 2 cawan (256g) tepung gandum
- 2 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar majerin atau shortening
- 1 1/2 sudu kecil serbuk yis
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 1/2 sudu besar gula halus
- 180ml air suam
Cara Penyediaan:
- Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
- Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
- Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
- Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
- Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
- Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
- Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
- Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit
- Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
- Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.
- Tips:
Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat