Dec 30, 2010
Analisa Keseluruhan Pencapaian Akademik Pelajar KAB
Analisa
1. Jumlah keseluruhan pelajar = 17 (100%)
2. GPA naik dari semester sebelumnya = 13 (76.47%)
3. GPA turun dari semester sebelumnya = 4 (23.52%)
4. Jumlah yang mencapai CGPA > 2.30 = 4 (23.52%)
5. CGPA naik dari semester sebelumnya = 13 (76.47%)
6. CGPA turun dari semester sebelumnya = 4 (23.52%)
MGT 300 - Blog (semester baru Jan/Mei 2011)
Semester Baru Akan Bermula - JAN/MEI 2011
SELAMAT BERJAYA UNTUK DIRI SENDIRI
Azam tahun baru 2011
1. Membaca 12 buku baru (satu buku setiap bulan) - mempelbagai bahan bacaan yang tidak tertumpu kepada pengurusan sahaja.
2. Menjalankan 2 penyelidikan (topik; keusahawanan & IT dalam pembelajaran dan perniagaan).
3. Menerbitkan 2 penulisan (1 terbitan dalaman & 1 terbitan luaran).
4. Mengurangkan jam menonton TV dan masa di laman social Facebook (3 jam seminggu).
Azam tahun ini dirangka setelah memikirkannya berkali bagi mengelakkan ianya indah khabar dari rupa, justeru saya cuba untuk menjadikannya realistik dan membolehkan saya mencapainya.
Dec 15, 2010
Membaca Salina
Terima kasih kepada A. Samad Said kerana menulis dengan jelas sekali keadaan pada masa itu semasa ia dikarang pada tahun 1961. Pada satu ketika penulis menggambarkan bagaimana seorang calon pilihan raya yang memberi pidato asyik merendah-rendahkan lawannya dan meminta pemilih menyokongnya untuk pelbagai kebajikan yang dijanjikan. Ternyata walaupun zaman telah berubah, tapi senario politik tetap sama.
Salina juga turut menampilkan cetusan supaya membaca dapat menjadikan kita orang yang berilmu walaupun di Kampung Kambing keadaannya sangat daif tetapi Razman, Nahidah dan Hilmy sangat menyukai buku walaupun bukunya sudah buruk-buruk.
33 bab Salina memberikan saya kepuasan selepas lama tidak membaca novel. Walaupun novel bertajuk Salina membawakan Salina sebagai fokus utama, tetapi ada pelbagai watak dan cerita didalamnya dan saya boleh pilih watak mana lebih dominan dan cerita yang dekat kepada saya.
Dec 13, 2010
Salina
Nov 23, 2010
KAKS KE-5
Nov 15, 2010
Ulang Tahun Kelahiran
Nov 14, 2010
Menjelang Aidil Adha - Kasut Hilang Sebelah
Tapi fikir-fikir balik bagus juga ia hilang, maknanya raya Aidil Adha ini berpeluanglah saya beli kasut baru. Tapi sebenarnya terkilan sangat dengan kehilangan kasut sebelah sebab ia selesa dipakai dan belum pun sampai 2 bulan lagi ia berkhidmat. Sayang kasut coklatku!
MENJELANG HARI RAYA AIDIL ADHA
Menjelang tarikh 9 Zulhijah di Arab Saudi, maknanya Abah dan Tuk mungkin sedang bersiap atau mungkin sudah sampai di Arafah untuk menunaikan rukun haji - wukuf di Arafah. Semoga Abah dan Tuk berjaya melaksanakan ibadah haji mereka dengan jayanya. Manakala di Malaysia Emak akan berkorban pada 10 Zulhijah (Rabu), saya pula berkorban menanda kertas peperiksaan. Bagusnya semua orang melakukan perkara yang berfaedah.
Nov 10, 2010
Penilaian Prestasi Tahunan
Oct 26, 2010
Belajar dari Maklumbalas - ENT 300
Maklumbalas dari panel-panel lain akhirnya menjadi satu bahan pengajaran terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri dalam mengendalikan kelas ENT 300, masih banyak yang perlu dipelajari memandangkan kali ini adalah kali ketiga saya mengajar subjek keusahawanan. Ada beberapa perkara yang jelas menunjukkan kelemahan saya kerana memberi salah ajaran kepada pelajar, manakala faktor-faktor luaran juga turut memberi kesan sedikit sahaja. Walaubagaimanapun, Puan Chahaya selaku koordinator sudahpun memberikan yang terbaik namun masih ada ruang untuk memperbaiki kelemahan dari sudut penilaian.
Berikut adalah maklumbalas yang diterima daripada panel mengikut kumpulan;
1. KIDDI KIDDO KINDERGARTEN
- i. it was a very good presentation
- ii. good presentation with good language used and discipline students. just a little problem with answering skills and they can not hide off their nervous. they have ideas but do not know how to defend themselves.
2. EASY CARE DIALYSIS CENTRE
- the group does not come up with the P&L and balance sheet. date of commencement of business not exactly shows business plan. well dressed and good presentation skills.
3. MOMMY DOMMY'S CUPPACAKES
- well dressed and reasonable presentation.
4. SHRIMP'S LIFE
- well dressed and good presentation skills. P&L and balance sheet - missing during presentation.
Pengajarannya
- tarikh menjalankan perniagaan adalah kesalahan saya kerana terlepas pandang semasa pembentangan mingguan dan tidak meminta pelajar menghantar laporan berkala.
- P&L dan balance sheet tidak diminta dalam senarai pembentangan. Cadangan untuk menyertakan penyata-penyata tersebut pada semester hadapan.
Markah Penilaian Berterusan - MGT 300
SELAMAT MAJU JAYA
Oct 25, 2010
Markah Penilaian Berterusan - ENT 300
Diingatkan tarikh peperiksaan akhir ENT300 adalah pada 31 Oktober 2010. Semoga Berjaya!
Oct 17, 2010
Markah Penilaian Berterusan
Kumpulan: BMD5GD
Nota: Sila semak markah anda jika terdapat sebarang perubahan sila maklumkan segera. Terima kasih.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
SESI JULAI - DISEMBER 2010
Oct 14, 2010
KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman, MASMED akan menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan (KAKs) bagi memberikan pendedahan tentang bidang perniagaan kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk membuka perniagaan sendiri. Oleh itu, mohon jasa baik semua ketua program dan pensyarah untuk memberi makluman awal kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai kursus tersebut.
Maklumat kursus adalah seperti berikut:
Tarikh : 21 - 26 November 2010
Tempat : De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang
Masa : 8 pagi - 10.30 malam (setiap hari)
Syarat-syarat penyertaan:
1. Pelajar-pelajar tahun akhir yang berminat untuk membuka perniagaan sendiri
2. Pelajar-pelajar tahun akhir yang betul-betul berminat untuk menceburi bidang perniagaan selepas tamat pengajian
3. Pelajar-pelajar tahun akhir yang tidak berminat untuk menyambung pelajaran selepas tamat pengajian dalam masa terdekat
Borang permohonan penyertaan boleh didapati daripada Puan Rosliza Abu Bakar di L1 01 atau Puan Noor Hidayatun Abdul Razak di L2 39. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 November 2010 .
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor berikut:
Puan Rosliza - 09 460 2143 (019 912 4224), Puan Nor Hidayatun - 09 460 2170 (019 391 9487)
Kerjasama dari semua didahulukan dengan ucapan terima kasih.
b/p: ROSLIZA ABU BAKAR
Pengerusi
MASMED
UiTM Pahang
Oct 13, 2010
Oct 7, 2010
Bedah Siasat _ The Magical Night of Role Play
Multimedia - kurang persediaan dan perancangan, tiada kerjasama antara ahli biro, tidak menerima & memahami maklumat dengan tepat, kurang kesedaran kepada atucara majlis - AJK sendiri sukar menerima arahan & tidak mengambil iktibar walaupun diingatkan beberapa kali - AJK terlalu santai.
Juruacara majlis - kurang persediaan - (mungkin raptai tidak diadakan), kurang maklumat, kelam kabut, penutup yang hambar.
Protokol - aturcara majlis kurang menarik (pembukaan - penutup), atucara tidak jelas kepada AJK lain terutamanya kepada juru acara majlis.
Majlis diadili oleh tiga (3) orang juri yang dijemput khas yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing. Tak sangka pula Azmil dan Suraya adalah pensyarah 'event management' , emmm... maka berdebar-debar jugalah menantikan respon daripada mereka. Secara keseluruhannya masih banyak perkara yang perlu diperbaiki namun komen positif tetap diberikan oleh Azmil yang mengatakan majlis ini ringkas, mudah tapi menarik. Zuria dan Suraya juga turut menyampai komen yang positif dengan memberi ransangan supaya memperbaiki kelemahan dalam majlis-majlis lain. Iyalah memandangkan majlis ini pertama kali diadakan maka banyak perkara yang terlepas pandang, sekali lagi kerana kurangnya pengalaman.
Adalah tidak adil untuk hanya membincangkan perihal keburukan, justeru antara biro yang berjaya menyelematkan majlis adalah seperti berikut;
Hadiah - hadiah menarik dan memuaskan dari segi saiz dan nilai RM - (pemenang & cabutan bertuah),
Makanan - Makanan sedia tepat pada waktunya, jumlah mencukupi - tapi jika mahu komen tentang rasa (mungkin perlu ditanya kepada pembekal makanan tersebut),
Oct 6, 2010
THE MAGICAL NITE OF ROLE PLAY
Tajuk Program: THE MAGICAL NITE OF ROLE PLAY
Lokasi: Audi 1, UiTM Pahang
Jam: 8.30pm hingga 11.00pm
Kelas: OMB30a, 3ob dan 3oc
Semoga majlis berjalan lancar dan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa penganjur yang bertungkus-lumus untuk menjayakannya.
Oct 4, 2010
Peperiksaan Akhir Julai - November 2010
Berikut disertakan tarikh-tarikh peperiksaan akhir bagi kursus-kursus tertentu;
ETR 300: 31 Oktober 2010 (9.00am - 12.00pm)
MGT 532: 4 November 2010 (2.15pm - 5.15pm)
MGT 321: 14 November 2010 (9.00am - 12.00pm)
MGT 300: 14 NOvember 2010 (2.15pm - 5.151pm)
Nampaknya saya akan ada masa yang sangat panjang selepas menyelesaikan MGT 532 sebelum berhempas-pulas menyiapkan 2 kertas (MGT 321 & MGT 300) di akhir garisan waktu!
PESANAN kepada pelajar OMB3oa/3ob/3oc, BMD5gd, BMD5ba dan ASD6sa serta pelajar-pelajar seluruh Malaysia.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
SELAMAT BERGRADUASI
Sep 30, 2010
Masih Ada Yang Sayang
hari dan tarikh: Sabtu @ 2 Oktober 2010
lokasi: Taman Harapan Temerloh, Pahang.
aktiviti: mengecat dan mengindahkan surau, dan membersihkan kawasan persekitaran.
sasaran pelajar: pelajar bahagian 3, 4, 5, 6 dan keatas. (seliaan biro PDCA)
pensyarah terlibat: mentor PDCA
Diharapkan semuanya berjalan lancar dan usaha murni kami ini diberkati oleh ALLAH swt.
seharusnya kita bersyukur kerana dikurniakan kebolehan yang cukup hebat iaitu melihat. Peliharalah kurniaan ini dengan sebaik mungkin. SILA LAWAT |
p/s; Jutaan terima kasih diucapkan kepada pelajar Sem 1 (Jul-Nov 2010) BMD5GD, BMD5BA, OMB30A/30B/30C dan ASD6SA serta Kak Anis & Kak Syida yang sudi menyumbang derma --> jumlah terkumpul RM183.35 - SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA SEMUA
Sep 23, 2010
Keluarga Besar FPP
Gambar --> http://picasaweb.google.com/alhudatajuddin/GlamorRaya#
Gambar --> http://picasaweb.google.com/alhudatajuddin/HariRaya#
En Kz, Pn Rozie dan Pn Chahaya |
Musra dan Husna |
Pn Has, Pn Faizan dan Musra |
Wani, Miza dan Oshin |
Sep 2, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Masih ingat lagi di zaman sekolah dulu sempat juga mempelajari subjek khat di sekolah agama pada sebelah petang. Bila tiba subjek khat semua seronok bukan main, lepas itu masing-masing sibuk mengasah pensel yang dileperkan hujungnya. Ustaz akan meminta pelajar menulis sebariS ayat di papan hitam sebanyak 10 kali. Kemudian semua berlumba-lumba ke meja Ustaz untuk disemak. Biasalah kalau dapat 10 markah memang seronok tapi dapat 8 atau 9 markah pun sudah cukup baik. Ustaz pun tak berkira sangat dalam memberi markah kepada kami. Bila dah dapat markah masing-masing menunjuk-nunjuk keputusan dan riuh satu kelas dibuatnya. Oleh kerana pada zaman kanak-kanak dulu saya cuma ingat nak berlumba siapa siap dulu maka hasil tulisan saya tidaklah baik sangat. Maknanya dalam menulis khat ini kita perlulah sabar dan tekun untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Ustaz khat saya sebenarnya sudah meninggal tetapi saya cuba mengingatkan nama beliau sepanjang menulis artikel ini tetapi gagal. Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz yang mengenalkan kami kepada tulisan khat, pengalaman di sekolah agama tidak mungkin dilupakan. Rasanya kalau di minta untuk menulis sekarang tidak tahu bagaimanalah rupanya tulisan khat saya. Sayangkan jika kita tidak diperkenalkan kepada tulisan rumi seperti sekarang, mesti ramai orang kita yang mahir dalam menulis khat kerana ianya sangat berkait rapat dengan tulisan jawi. Agak-agaknya jika saya ingin menyalin semula artikel ini dalam tulisan jawi pun bakal mengambil masa berjam-jam untuk menyiapkannya.
tulisan khat ini saya dapati dari awangpurba blogspot |
Aug 29, 2010
MGT 300 - Kemaskini Blog Anda
1. Cuti Nuzul Al-Quran
2. Cuti Hari Kemerdekaan
3. Cuti Persediaan Hari Raya Aidil Fitri (seminggu - kelas sudah diganti)
4. Cuti Pertengahan Semester (seminggu)
Maka tiada kompromi untuk anda semua tidak mengemaskini blog walaupun bercuti! Itulah kelebihan Blended Learning (campuran gaya pengajaran tradisional dan pengajaran menggunakan teknologi). Suka dimaklumkan bahawa tugasan anda minggu lepas yang berkaitan dengan wikihow.com hendaklah disertakan pautan kepada artikel tersebut. Sekiranya pelajar gagal berbuat demikian saya boleh menyifatkan tindakan anda sebagai plagiat iaitu meniru hasil tulisan orang lain tanpa diberikan kredit kepada tuan punya. Ini bermakna anda MENIRU. Meniru adalah tidak baik kerana anda bukan sahaja menzalami orang lain tetapi juga diri sendiri.
SILA LETAKKAN PAUTAN - artikel anda akan lebih dihormati.
Selamat Bercuti!
Aug 19, 2010
Ujian 1 - MGT 300 dan MGT 321
Lokasi: DK 1 dan DK 2
Jam: 3.00ptg hingga 4.30ptg
Butiran : MGT 300 - topik 1 hingga 6
MGT 321 - topik 1 hingga 5
Kumpulan: MGT 300 (bmd5ba - 5bc) & (bmd4ga - 4gd)
MGT 321 (bmd5ga-5gd)
Bagusnya kalau boleh jawab periksa beramai-ramai. KERJASAMA |
Kerusi dan meja di kelas I1-03 pada 2 semester lepas. Keadaannya agak baik. |
Aug 12, 2010
RAMADHAN AL-MUBARAK
saya suka ramadhan, saya sangat suka ramadhan.
teringat ramadhan di zaman kanak-kanak, di dungun, di bangi, di rumah sewa, di fakulti dan sekarang di pejabat pula.
seperti bulan sebelumnya, tugasan mengajar akan dijalankan sebaik mungkin. apa yang berbeza pada bulan ini, tingkahlaku pelajar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menjayakan usaha saya untuk memberikan yang terbaik. baru 20 minit kelas berlangsung muka-muka yang kelayuan dapat dikenalpasti dengan cepat. mujur ada rakan sebelah yang boleh picit-picitkan badan untuk rasa segar semula. lantas bagaimana dengan pensyarah - siapa yang akan picit-picitkan kalau kita rasa mengantuk. isunya sekarang pensyarah tidak akan mengantuk kerana faham dan sedar akan tugasnya untuk mengendalikan kelas tersebut sekurang-kurangnya untuk 1 jam 45 minit. sekarang saya faham mengapa guru-guru saya dahulu tetap bersemangat dalam meneruskan proses mengajar, kadang-kala terdetik di hati "cikgu ni, tak penat ke?"
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua pembaca blog ini terutama pelajar kumpulan BMD5BA yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan blog mereka. jangan lupa sekali-sekala jenguk blog saya ini untuk mendapatkan maklumat dengan kursus anda.
Aug 8, 2010
Belajar
Kumpulan OMB 3oa 3ob dan 3oc
Tajuk/ topik: Pembelajaran
Jul 26, 2010
Kelas Malam - MGT 534/ MGT 321
Tapi sekarang isunya bukan kerana tidak sabar-sabar, tapi malas hendak tunggu di hujung waktu sebab masa itu akan ramai orang yang berebut nak buat kelas juga. Mulalah kelas tak cukup, atau lebih teruk lagi pelajar tidak berkelapangan.
Objektif kelas malam ini adalah untuk menunjukkan kepada pelajar tentang cara menggunakan aplikasi movie maker. Saya sedar dan faham akan ada pelajar yang memang sudah mahir menggunakan aplikasi ini memandangkan mereka adalah generasi y yang terdedah dengan kecanggihan dalam segala segi, tapi demi memberi keadilan kepada semua kelas ini dijalankan juga. Sekurang-kurang pada malam ini mereka akan mula memikirkan tajuk, idea, konsep tugasan meraka. Secara tidak langsung saya juga boleh mengaplikasi dan berkongsi pengetahuan yang didapati dari kursus di Ilqam tempoh hari.
Jul 19, 2010
SK Chemomoi - KAMI SAYANG KAMU 2
Berikut beberapa keping gambar kenangan sepanjang program:
Koleksi penuh gambar-gambar boleh dipapar DI SINI.
Jul 15, 2010
MGT 300 - Blog (semester baru)
Kelas Keusahawanan
Baik
- Isi kandungan padat dan menyeluruh
- Membuat persediaan sebelum pembentangan; contoh-contoh
- Penyertaan aktif dikalangan pendengar
- Kefahaman terhadap topik yang dibincangkan
Buruk - boleh diperbaiki
- Bahasa lisan (menggunakan Bahasa Melayu, bahasa pasar)
- Bahasa badan (pergerakan mata, tangan, cara berdiri)
- Susunan isi kandungan
- Membaca nota dan paparan bahan
Sekalung tahniah diberikan kepada semua yang bekerja keras menyiapkan tugasan ini yang mengambil masa selama 1 minggu. Usaha-usaha untuk menjadikan kelas ini menarik akan diteruskan selepas ini dengan memberikan tugasan yang mencabar kemampuan pelajar, sekarang saya sedang memikirkan untuk menggunakan i-learn sebagai medium pendidikan di luar kelas.
Jul 14, 2010
Tarikh Penting - Akademik
SEMESTER JULAI – NOVEMBER 2010
(Dikemaskini: 14 Julai 2010)
Sila ambil perhatian --> SANGAT PENTING
2. KULIAH BAGI SEMUA PROGRAM KECUALI PROGRAM ASASI
BIL. TARIKH AKTIVITI Tempoh
1. Kuliah 5 Julai 2010 – 9 September 2010 10 minggu
2. Cuti Pertengahan Semester + Cuti Hari Raya 10 – 19 September 2010
(Hari Raya Puasa: 10 September 2010) 10 hari
3. Kuliah 29 September – 15 Oktober 2010 4 minggu
5. Minggu Ulangkaji 16 – 24 Oktober 2010 1 minggu
6. Peperiksaan Dalaman 25 Oktober – 14 November 2010 3 minggu
7. Peperiksaan Khas 21 – 23 Disember 2010 3 hari
9. Cuti Semester 15 November – 26 Disember 2010 6 minggu
AKTIVITI BERKENAAN PENDAFTARAN KURSUS, GUGUR TARAF DAN RAYUAN PEMBATALAN GUGUR TARAF
BIL. TARIKH AKTIVITI TINDAKAN
1. 5 Julai 2010 Kuliah Bermula -
2. 5 Julai – 10 Ogos 2010 Skrin Pengecualian Kredit dibuka PSMB/ Fakulti/ UiTM Negeri/ Pusat/ Institut
3. 22 Jun – 25 Julai 2010 Pendaftaran / Gugur / Tambah Kursus PSMB
4. 25 Julai – 10 Ogos 2010 Validasi Pendaftaran Kursus PSMB
5. 29 Julai 2010 SMS Blast – Peringatan/ Amaran Gugur Taraf (GT)
“UiTM: You are listed as a potential GT (Gugur Taraf).
Visit i-Student Portal urgently.” PSMB/ BHEA
6. 5 Ogos 2010 Tarikh akhir pembayaran yuran pengajian Bendahari
7. 10 Ogos 2010 Tarikh akhir validasi pendaftaran kursus dan data pembayaran yuran dikemaskini dalam sistem Bendahari/ PSMB
8. 11 OGOS 2010 GUGUR TARAF PSMB
9. 11 Ogos 2010 SMS Blast - Pengumuman Gugur Taraf (GT)
“UiTM: Your status as UiTM student has been stripped.
For appeal, visit i-Student Portal immediately.” PSMB/ BHEA
12 Ogos 2010 Cetak-kendiri Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan bermula PSMB
10. 18 Ogos 2010 Tarikh Akhir Penerimaan Permohonan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT) secara Online PSMB
11. 19 Ogos 2010 Mesyuarat Rayuan Pembatalan Gugur Taraf HEA/Fakulti/UiTM Negeri/PSMB
12. 21 Ogos 2010 Keputusan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf PSMB
13. 24 Ogos 2010 SMS Blast – Peringatan/ Amaran GT kali ke-2
“UiTM: You still have not paid full fees. Please settle all payments before 30/8/10 or risk GT.” PSMB/ BHEA
14. 30 Ogos 2010* Tarikh Akhir Bayaran yuran bagi pelajar yang diluluskan RPGT dan yang dibenarkan lewat membayar yuran Bendahari/Fakulti
15. 3 September 2010* Gugur Taraf untuk pelajar yang masih belum membayar yuran tertunggak/ tertangguh (status yuran N, Y3 dan Y4) dan/atau belum mendaftar kursus setelah lulus RPGT PSMB/ Bendahari
Jul 13, 2010
Kelas - Cabaran
ETR 300 - pelajar sains gunaan
MGT 321 - pelajar perniagaan
Mengajar subjek keusahawanan kepada orang sains membuatkan saya terfikir-fikir 2, 3 hari bagaimana cara terbaik untuk mengajar mereka. Pelajar beranggapan subjek ini sukar memandangkan ianya bukan bidang mereka apatah lagi setelah diberitahu bahawa mereka mesti tahu tentang perakaunan, pengurusan operasi, pemasaran dan juga pentadbiran. Saya merasa sangat risau melihat wajah-wajah kosong meraka tatkala membincangkan topik pertama iaitu pengenalan kepada keusahawanan. Hati jadi tertanya-tanya adakah mereka faham dan benar-benar sedang mengikuti kursus ini. Mujur juga terdapat pelajar yang dapat menjawab dan memberikan hujahan saat-saat diajukan soalan untuk mendapatkan kepastian. Namun begitu masih terdapat sebilangan pelajar yang enggan memberi respon atau paling teruk menjawab "tidak tahu" - inilah cabaran sebenar. Melihat kepada situasi yang amat genting bagi pelajar dan juga pensyarahnya, saya telahpun memberikan tugasan kepada mereka supaya mencari beberapa perkara berkaitan dengan perkembangan keusahawanan di Malaysia. Tidak sabar rasanya untuk melihat prestasi mereka pada hari Jumaat ini. Jika prestasi mereka melebihi jangkaan saya bolehlah menghela nafas lega sedikit, jika tidak barangkali perlu saya fikirkan 5,6 hari pula cara untuk mengajar mereka.
Cabaran bagi kelas MGT321 pula berbeza dan saya perlukan masa khas untuk menerangkannya.
Jul 1, 2010
Semester Baru Akan Bermula
Kod-kod semester ini:
1. Mgt 300
2. Mgt 321
3. Mgt 534
4. Etr 300
Sebelum memulakan semester baru harapan ditetapkan pada semester ini adalah untuk mencapai peratus kelulusan 100% bagi kod Mgt321 dan Mgt300 serta mengekalkan kelulusan 100% bagi kod Etr 300 dan Mgt 534. Terdapat sedikit pertikaian dalam memberikan markah lulus kepada pelajar samada pensyarah yang lemah atau pelajar itu sendiri. Namun mengambilkira konsep memperbaiki kelemahan diri terlebih dahulu maka perubahan dan penambahbaikkan hendaklah bermula dengan diri sendiri. Selamat berjaya untuk semua dan diri sendiri.
Jun 30, 2010
Lecturing in English Course
5. Questioning Strategy
6. Non-verbal Communication
Jun 27, 2010
Kursus ILqam
Audio and video editing - photo story and movie maker
iLab II Ilqam UiTM Shah Alam
8.30am - 5.00pm
Isa Tukimin (presenter)
Jun 2, 2010
Kami Sayang Kamu
Sepanjang program berlangsung, pujian harus diberikan kepada En. Azmir dan Puan Siti Aisyah selaku kepala kumpulan yang begitu komited dan bersusah-payah demi memastikan semua berjalan lancar. Walaupun ada satu ketika makanan tidak mencukupi, bila makanan dah ada - pinggan-mangkuk pula tidak ada, tapi semua bersabar dan bertolak-ansur. Semua orang maklum kerana program ini untuk anak-anak SK Chemomoi, maka berlebih-kurang dan bersabar adalah satu pendidikan yang baik untuk semua, "kitakan tuan rumah" dialog manis dari Pn. Wan Kalthom yang juga ketua biro makanan.
Orang-orang kuat program adalah terdiri daripada En. Faizal (pengacara majlis, fasilitator), Pn. Maisarah dan Pn. Adibah (biro cenderamata), Pn. Aziah , Pn. Hidayatun, Pn. Aisyah & Cik Husna (fasilitator), En. Zahran & Pn. Wan Kalthom (biro makanan), Pn. Chahaya, En. Fadli, En. Azmir & Cik Huda (biro lawatan) dibantu oleh En. Zahid, Pn. Normilia, En. Azeman, En. Elfee, Cik Ilyani, Pn. Faizan, dan Pn. Mawarti. Terima kasih kepada semua dan didoakan agar usaha murni kita akan diberkati oleh Allah. Seperti biasa karangan pada hari ini diakhiri dengan gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari kejadian. Selamat berjaya untuk anak-anak dan TERIMA KASIH CIKGU.
Ingin melihat keseluruhan gambar? Sila klik disini.
May 25, 2010
Pesta Konvokesyen UiTM
Selepas itu, terus sahaja Imam mengucapkan terima kasih, saya hairan kenapa berterima kasih, dia melanjutkan ayatnya kerana hari ini IMAM akan menghadiri MAJLIS KONVOKESYEN untuk dirinya sendiri! Oohh, fahamlah saya kenapa dia bersusah-payah menghubungi saya. Perasaan saya pastinya gembira, teruja dan sedikit terharu. Gembira di atas kejayaan IMAM, teruja mengingat saat-saat manis konvo dulu dan terharu kerana IMAM masih mengingati gurunya. Sepanjang perbualan sempatlah saya menanyakan waktu sesi konvonya dan pakaian yang akan dipakai, IMAM jawab "baju lama jer Miss".
Tapi sepanjang mengenali IMAM, dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang matang berbanding kawan-kawannya yang lain, hubungan baiknya dengan semua pensyarah memang disebut-sebut, sangat menghormati orang lain, selalu tersenyum dan bermanis mulut serta sering menjadi bualan pensyarah juga kerana prestasi akademik. Prestasi pelajarannya tidak berapa baik kerana terlalu banyak masalah yang dihadapi, tapi satu perkara yang boleh dipuji tentang IMAM dia selalu positif! dan akhirnya IMAM berjaya. Keputusan keseluruhan mungkin tidak berapa baik tapi yang penting kita haruslah berusaha sedaya mungkin. Mungkin hari ini kita berusaha sepenuh hati tapi hasilnya tidak seberapa... SABAR! ALLAH Maha Mengetahui mungkin yang ini bukan yang terbaik untuk kita jadi ALLAH sediakan yang lain, yang lebih istimewa untuk kita. Saya sangat percaya itu.
IMAM dan rakan-rakan seangkatan, tahniah dan beribu TAHNIAH! Selamat Bergraduasi
May 5, 2010
Penilaian Pensyarah Atas Talian
Mengaplikasi konsep Johari Window!
Apr 29, 2010
Hari Menunaikan Janji
Cara-cara memuat-turun gambar adalah semudah satu, dua, tiga!
1. sila klik di link yang disediakan (picasa web album; alhudatajuddin)
http://picasaweb.google.com/alhudatajuddin/OpemTrip?feat=directlink
2. pilih gambar yang berkenan di hati
3. klik menu download (muat turut)
Mereka yang terlibat; musra, faizal, elfee, zaid, kecik, ann, laila, hanif, mama, syuk, kelas bmd5ga & bmd5gb (OB) sem jul-dec2010 dan ramai sangat.
Lokasi; kuala terengganu, pasar payang, pantai batu burok, noor arfa batik, dsbg.
Diharapkan mereka semua berjaya dalam kursus ini (OM), kalau mengulang juga.. habis ayat nak cakap. SELAMAT BERGRADUASI! jangan lupa sambung belajar.
Berikut adalah sebahagian gambar-gambar terbabit;
Apr 15, 2010
Peperiksaan Akhir Dec - Apr 2010
MGT 300: 21 April 2010
ENT 300: 22 April 2010
MGT321: 23 April 2010
MGT532: 2 Mei 2010
Apr 14, 2010
Tayangan Video OB – cerita selepasnya
Hari Selasa 13 April 2010 yang lepas seperti yang dijanjikan adalah hari untuk pelajar mempertontonkan idea kreatif masing-masing dalam menyampaikan kefahaman mereka tentang konsep dan teori OB. Tugasan yang memerlukan mereka menyampaikan kefahaman tersebut dalam bentuk video. Seperti biasa akan terdapat pelajar yang benar-benar menunjukkan kemampuan mereka sehingga mengatasi jangkaan saya, tetapi ada juga yang menyempurnakan tugasan ibarat melepaskan batuk di tangga. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan juga terima kasih di atas usaha yang dicurahkan. Percayalah usaha tersebut tidak akan sia-sia.
Keputusan pada hari itu adalah seperti berikut;
tempat pertama: Perception Bias
tempat kedua: Equity Theory
tempat ketiga: Role conflicts
tempat terakhir: Johari Window
Berikut adalah gambar-gambar yang di snap dari video Equity Theory; kumpulan ini dianggotai oleh Nurul, Madi, Naz, Ita dan Mar.
Naz dan Ita
Madi dan Mar
Mar dan Naz
Nurul
Apr 12, 2010
Kisah Cinta Sejati
Apr 11, 2010
tayangan video OB
Mar 16, 2010
Kudup Akan Berkembang Siri IV
Pada 12 hingga 14 Mac yang lalu, saya telah mengikuti program anjuran BIRO PDCA bagi mengelolakan aktiviti Kudup Akan Berkembang (siri 4) bagi pelajar-pelajar yang terpilih. Banyak aktiviti yang telah dilaksanakan di sana. Antaranya adalah wall climbing, berakit, ceramah motivasi, senaman dan permainan dalaman.
Sepanjang program ini berlangsung saya dapat belajar bahawa kadang-kala manusia perlu di beri tekanan untuk melakukan sesuatu. Saya dapati segelintir pelajar mampu menunjukkan prestasi yang baik setelah diberikan cabaran. Cabaran yang diberikan adalah cukup mudah seperti kekangan masa (“dalam masa 5 minit saya mahu semua orang sudah beratur”) dan jenis tugasan yang disediakan sebagai contoh; pelajar mudah merasa bosan apabila mereka hanya duduk dan mendengar maka aktiviti yang berkaitan perlu diberikan kepada mereka sebagai peluang untuk turut serta dan seterusnya menyumbangkan sesuatu kepada organisasi.
# aktiviti berakit: menuntut kesepakatan dan persefahaman ahli kumpulan
Semasa aktiviti berakit diadakan saya dapati pelajar sangat bersungguh-sungguh untuk menyiapkan rakit mereka, persefahaman dan komitmen semua ahli amat diperlukan dalam aktiviti ini ditambah pula masa yang terhad menyebabkan semua orang berusaha sedaya-upaya untuk menyiapkan rakit mereka.
# percaya kepada diri sendiri dan percaya kepada orang lain
Sikap saling mempercayai antara sama lain juga penting, di mana jika terdapat ahli kumpulan yang berbadan besar adakah kita ingin membawa ahli tersebut bersama atau meninggalkan dia dan belayar tanpa cukup ahli. Sejauh mana kita percaya kepada diri kita sendiri sebagai contoh ahli yang berbadan gempal tadi; adakah dia yakin dengan kehadirannya rakit tidak akan tenggelam. Lebih daripada itu ahli kumpulan juga perlu yakin adakah rakit yang di bina mampu untuk timbul dan seterusnya belayar, maklum sahaja masing-masing mengalami pengalaman pertama untuk membina rakit.
# apa peranan orang yang duduk di depan sekali?