Semalam saya
tidak berjaya menulis 1000 patah perkataan. Entah mengapa semalam dirasakan
begitu sukar sekali langsung tiada idea apa yang hendak ditulis. Mungkin juga
terlalu penat setelah 2 hari berturut-turut megharungi kelas di hujung minggu.
Pada hari Ahad kami mengikut kelas Dr Tih dan banyak yang kami pelajari tentang
research design dan hari ini saya
rasa menyesal pula kerana gagal merakam pelajaran semalam. Sehingga hari ini
sudah tentulah pelajaran tersebut telah tinggal beberapa kerat sahaja dalam
kepala ini. Rasa menyesal itu membuatkan saya teringat kepada idea 5.00 am Club
yang dikongsikan oleh Dr Vijay. Idea Kelab 5.00 pagi ini dimulai oleh Robin
Sharma (boleh langgani saluran Robin Sharma di Youtube) yang
mengajak/memotivasikan kita semua supaya bangun seawal jam 5.00 pagi. Robin
Sharma mencadangkan kita bangun awal dan memanfaatkan jam 5.00 pagi hingga 6.00
pagi sebaik mungkin dengan membahagikan 60 minit itu kepada 3 bahagian.
Sekiranya jika kita ingin berjaya 60 minit itu dicadangkan kepada 20/20/20
minit. Cadangan adalah seperti berikut;
20 minit: kita
peruntukkan untuk senaman dan latihan fizikal
20 minit: kita
mengemaskini matlamat atau jadual harian; semak to-do-list
20 minit: kita
luangkan masa untuk pembelajaran
Di Malaysia,
kelab 4.00 pagi yang menyenaraikan 10 perkara yang kita boleh lakukan untuk
menjadikan kita seorang yang lebih efektif. Saya tidak pasti meletakkan rujukan
di sini siapa yang mengasaskannya (kemungkinan besar Azhar Mokhtar atau Roslan Ab Hamid – seperti carian
saya di Google Image). Berbeza dengan idea kelab 5.00 pagi, kelab 4.00 pagi
dirangka selari dengan gaya hidup muslim. Mandi seawal pukul 4.00 pagi adalah
idea yang paling menarik sekali kerana saya seringkali juga terbangun pagi
tetapi biasanya ke kembali ke katil selepas ke tandas. Saya merasakan inilah
solusi kepada saya supaya tidak kembali tidur. Aktiviti nombor sepuluh juga
hebat dengan menganjurkan kepada kita supaya bersedekah seawal pagi dan ini
bermakna kita perlu bersedekah setiap hari.
10 perkara yang boleh dibuat setelah bangun 4.00 pagi (Sumber: Google Image)0 |
Selepas melihat
idea ini dan sedar kebanyakkan orang yang berjaya kesemuanya bangun awal. Di
saat kebanyakkan orang masih tidur, orang berjaya bangun awal untuk merangka
kejayaan dalam hidup mereka. Saya rasakan saya perlu cuba idea ini. Mungkin
untuk bangun seawal 4.00 pagi adalah terlalu awal, tetapi boleh disesuaikan
kepada 4.30 pagi. Namun, cabaran utama saya adalah untuk mandi pada jam 4.30 itu
sedikit mengugat motivasi saya untuk melakukan perubahan ini. Perubahan ini
perlu dikekalkan selama 66 hari bagi memastikan ia terpahat kemas dalam otak
dan seterusnya memprogramkan seluruh tubuh.
Tapi sebelum saya boleh bangun jam 4.30 pagi saya perlu masuk tidur
sebelum jam 11.00 malam. Sesungguhnya, tidur awal juga satu cabaran. Biasa saya
masuk tidur, saya belum boleh terus terlelap kerana mengambil masa
kurang-kurang setengah jam untuk memujuk mata supaya tidur. Ditambah sekarang
saya mahu menulis blog tidak kurang dari 1000 patah perkataan, maka saya perlu
memulakan penulisan ini seawal petang supaya tidak berlarutan sehingga 11.00
pagi.
Esok, Insyallah
saya berjanji kepada diri sendiri untuk menyertai kelab 4.30 pagi. Ya Allah
bantulah saya untuk melakukan perubahan ini. Amin. Insyallah.
Versi lain, cerita sama (Sumber: Google Image) |
Selanjutnya saya
mahu menyambung isi pelajaran dari syarahan Prof Ara yang tertangguh artikel
sebelum ini. Pertama, tajuk syarahan mengenai pernyataan masalah yang
disampaikan oleh Prof dalam keadaan yang mudah sekali. Dimulakan dengan
menunjukkan beberapa contoh pernyataan masalah Prof Ara membacakan bagaimana
artikel-artikel tersebut menulis bahagian ini. Tujuannya supaya kami dapat
belajar dan mendapat idea apa yang diperlukan semasa menulis pernyataan masalah
kami kelak. Perkara yang perlu dimasukkan dimulakan dengan (1) latarbelakang
atau fenomena semasa dalam kajian kita, (2) masalah, kekurangan atau limitasi
dalam kajian-kajian sebelum ini, (3) solusi yang ingin diutarakan untuk
menampung atau menyelesaikan isu sebelum ini. Apabila saya melihat
contoh-contoh tersebut, saya dapati ada keseragaman dalam bentuk tulisan dalam
pernyataan masalah contohnya; recently, therefore, however, thus etc. Beberapa perkataan penghubung juga digunakan untuk menunjukkan
kesinambungan penulisan bahagian ini.
Pendahuluan yan menjelaskan pernyataan masalah |
Rujukan:
Harms, P. D. (2011). Adult attachment styles in the workplace. Human Resource Management Review, 21(4), 285–296. http://doi.org/10.1016/j.hrmr.2010.10.006
Prof. Ara
mengatakan lompang kajian bukanlah sesuatu yang sukar dan tidak semestinya benar-benar
masalah. Lompang kajian boleh dimaksudkan sebagai limitasi pada kajian lepas,
pembolehubah yang belum digunakan sebelum ini, metodologi yang belum pernah
digunakan. Lompang itu boleh jadi kekurangan atau missing dalam kajian yang
lepas. Asalkan diolah dalam keadaan yang menunjukkan signifikan kepada kajian
yang kita cadangkan dan menyumbang kepada pembangunan ilmu pengetahuan. Dan
sumbangan kajian kita kepada pembangunan ilmu tersebut itulah membezakan tahap
kajian di peringkat sarjana ataupun kedoktoran. Prof. Ara beberapakali
mengingatkan betapa berat tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang yang
bergelar doctor falsafah dan sudah tentulah kesarjanaannya terselah melalui
hasil kajian selama 3 tahun tersebut.
Seterusnya Prof.
Ara membincangkan tajuk analisa statistik. Hanya 2 ujian sahaja yang
dibincangkan pada hari tersebut tetapi penerangan yang diberikan itu sangat
bermakna dalam saya memahami analisa ringkas dan paling penting dalam ujian
regresi. Ujian pertama adalah T-test dan kedua Anova. Ooo… sekarang baru saya
faham dalam ujian regresi inilah 2 perkara yang digunakan. Ujian t adalah ujian
yang menguji perbezaan antara dua kumpulan, manakala ANOVA pula adalah ujian
untuk membezakan lebih dari 2 kumpulan. Ya saya faham akan hal ini tetapi aplikasinya dalam ujian regresi tidak saya sedari selama
ini. Dalam ujian regresi ia menggunakan kedua-dua test ini. Justeru, Prof.
memperkenalkan hipotesis bagi kedua-dua ujian ini terlebih ini yang biasanya
saya tidak pernah terfikirkan kepentingan hipotesis. Dalam regresi ukurannya adalah F-test yang sama fungsinya dengan t-test dalam membezakan kumpulan-kumpulan. Oooohh... dulu saya pun tidak tahu apa itu F-Test, panjang sikit 'O' nya.