Dari dulu lagi saya memang suka
cara Prof Ara mengajar. Prof Ara begitu bersemangat mengajar kami semua dengan
intonasi suara yang pelbagai menekankan perkara-perkara penting. Kelas
kuantitatif hari ini begitu padat sekali dengan maklumat yang cuba disampaikan
oleh Prof Araf dalam ayat yang paling mudah difahami. Prof Ara memulakan kelas
hari ini dengan menjelaskan tentang perbezaan populasi dan sampel. Pertama
sekali beliau menerangkan mengapa kita hanya menguji sampel sahaja dan bukannya
populasi. Sampel dikaji kerana kajian secara bancian (cencus) yang melibatkan kesemua populasi adalah sangat mahal dan
adalah mustahil untuk dijalankan kerana melibatkan masa yang sangat panjang. Justeru,
hanya sampel dikaji dengan menggunakan metodologi secara sistematik untuk
menjelaskan populasi kajian. Kebolehan sampel menerangkan populasi dipanggil
sebagai generalization, atau boleh
juga dikenali sebagai mirror image,
random, probability.
Prof. Ara seterusnya memperkenalkan
kami kepada simbol yang perlu diketahui dalam membezakan sampel dan populasi.
Populasi menggunakan tulisan Greek manakala, sampel menggunakan tulisan Roman.
Sebelum itu, Prof. Ara ada menguji pengetahuan kami tentang simbol-simbol ini
dengan bertanyakan soalan tapi akhirnya Prof. sendiri memberi jawapan. Terima
kasih Prof. Mungkin masing-masing belum panas (sebab kelas baru sahaja di pagi
Sabtu), atau semua memang tidak tahu apa-apa tentang simbol ini.
Populasi
|
Sampel
|
|
mean
|
µ
|
X bar (tak jumpa simbol)
|
Standard deviation
|
δ
|
S
|
Slope (coefficient)
|
β
|
B
|
Hipotesis
Mengapa perlu hipotesis dalam
kajian kita? Seperti biasa saya memang duduk di barisan hadapan dan sebagai
pelajar yang baik saya akan menjaga konteks mata saya dengan pensyarah (tengok
jenis pensyarah juga, kalau pensyarah garang memang saya tidak pandang).
Pentingnya konteks mata kerana ia menunjukkan minat kepada penyampai, kerana saya
tahu bagaimana rasanya bila tiada orang mendengar kita memberi syarahan. Prof.
Ara tanya maka, saya pun jawab. Hipotesis adalah “an assumption to describe the
relationship” Okey jawapan bunyi macam pandai. Tapi, profesor lebih pandai
(setiap kali Prof tanya soalan saya kena fikir betul-betul apa yang Prof ingin
tanya, kerana kadang-kadang sering saya salah faham). “betullah - an
assumption, tapi assumption about what?... an assumption about…, an assumption
about…. ???” Prof memerlukan jawapan yang lebih tepat. Puas sudah meneka-neka
jawapan yang betul, sampai sendiri jadi tidak yakin. ADUH! “an assumption about
population” jelas Prof. Ara mematikan kepeningan saya. Ooooo…. Oleh kerana kita
cuma kaji sampel maka hipotesis adalah andaian terhadap populasi. Ya, begitulah
gaya dan tahap seorang profesor.
Mengapa kajian perlu dijalankan
bagi bidang-bidang seperti pengurusan, kewangan dan pemasaran? Satu persoalan
mudah dilontarkan oleh Prof. Ara untuk membolehkan kami berfikir tentang hal
ini. Kajian di dalam bidang ini biasanya dilakukan untuk membuat keputusan.
Kerana keputusan yang betul adalah sangat diperlukan bagi menjimatkan kos
syarikat maka pengumpulan data dan maklumat yang tepat adalah sangat penting.
Begitulah pentingnya memilih sampel yang betul. Keputusan yang betul dan sahih
juga boleh didapati sekiranya kesalahan dapat dikurangkan. Antara caranya ialah
menambahkan jumlah saiz sampel. Prof. Ara mengakui sememangnya akan ada
kesalahan dalam model yang dicadangkan oleh penyelidik yang mengenalpasti
faktor-faktor (x) yang mempengaruhi perkara utama kajian (y). Kerana itu, ada error yang diambil kira dan diletakkan
diakhir sekali dalam model matematik yang dicadangkan oleh penyelidik.
Y = b0 + b1
x1 + b2 x2 + b3 x3 +… bk
xk + ϵ
Type I dan Type II Error
Masuk bab error pula. Ada 2 jenis
error; type I dan type II. Contoh Prof. Ara menarik sekali. Diberi situasi
seorang penjenayah yang menunggu keputusan mahkamah digambarkan dalam bentuk
hipotesis.
Sebagai contoh:
Null hypothesis: guilty – hang to
death
Alternate hypothesis: not guilty
– set him free
Type
I error ialah apabila; (definisi) reject the null hypothesis when it is true.
Keadaan kesalahan (error) yang
dilakukan oleh pembuat keputusan yang melepaskan penjenayah itu bebas walaupun
dia sebenarnya memang seorang pembunuh.
Type
II error ialah apabila; (definisi) fail to reject the false null hypothesis.
Manakala, Type II error lebih teruk lagi kesalahannya, apabila kita telah
menggantung orang yang sebenarnya tidak bersalah.
Bila baca-baca-baca semula
hipotesis di atas dan fikir-fikir-fikir, rasa macam salah pun ada. Tapi apakah
saya yang sebenar tidak faham untuk membezakan type 1 dan type 2 error ini.
Tapi saya malas hendak menyerabutkan keadaan maka, saya membuat keputusan
bahawa type 2 error adalah error yang lebih tinggi tahapnya dari type 1 error.
Beza Theoretical Framework denga Conceptual Framework
Ini adalah konsep yang biasanya
pelajar keliru, apa itu theoretical framework dan apa pula conceptual
framework? Kebanyakkan masa saya fikir kedua-duanya sama sahaja, tapi saya tahu
ianya berbeza. Prof. Ara menerangkan dengan mudah sekali tapi biasanya Prof.
Ara akan menanyakan dulu soalan dan meminta pelajar menjadi. Tapi bijaknya cara
Prof. Ara mengajar kami apabila soalan-soalan yang ditanyakan itu akhirnya akan
membawa kita kepada perkara yang ingin beliau sampaikan. “Are you following me
or not?” itulah ayat yang paling kerap keluar dari mulut beliau yang membuatkan
saya sentiasa peka dan benar-benar mengikuti syarahannya. Memang kita tidak
boleh tertidur atau Stersesar walau sekejap pun, nanti kita akan tidak boleh
faham.
Theoretical framework adalah kerangka
yang dibina atau dibangunkan oleh guru atau sarjana dalam bidang terbabit. Ia
biasanya telah dibuktikan betul setelah sekian lamanya dan ada diantara
pengasasnya telahpun meninggal dunia. Manakala, kerangka konseptual pula adalah
kerangka yang dibangunkan atau dicadangkan oleh pengkaji seperti saya yang
ingin menyelidik hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Seringkali Prof.
Ara menekankan supaya kita memilih topik yang kita minati supaya ia membantu
kita membuat penyelidikan yang berkesan. Ibarat kita bersemadi bersama tajuk
itu, kerana semua orang faham yang kita sedang membuat PhD. Tiga perkara
penting yang perlu ada dalam kerangka konseptual; (1) model / diagram, (2)
penerangan kepada pembolehubah / konstrk dan (3) hipotesis dengan anak panah
yang menunjukkan arah. Pesan Prof. Ara juga bagi peringkat PhD, kerangka
konseptual ini mencapai tahap sebagai PhD, kerana matlamatnya adalah untuk
menyumbang kepada perkembangan ilmu. Walaupun, Prof. Ara hanya menunjukkan satu
model ringkat di mana SQ (service quality) mempunyai hubungan dengan CS
(customer satisfaction), tetapi beliau mampu menerangkan kepada kami pula apa
itu, concept, construct dan juga variable. Kemudian pemahaman ini dikembangkan
lagi daripada theoretical framework, conceptual framework dan juga operational
framework. Beza… memang berbeza mendengar syarahan seorang profesor.
Theoretical framework Theory of Planned Behavior (sumber: Google Image) |
Conceptual Framework TPB (sumber: google image) |
Ada 2 lagi maklumat yang Prof.
Ara kongsikan kepada kelas hari ini iaitu; pernyataan masalah dan analisa
statistik yang saya kira perlu ditulis dalam artikel khas. Rasanya ini artikel
yang mengambil masa paling lama untuk disiapkan kerana begitu banyak yang perlu
rujuk dan ingati dengan baik. Saya berasa puas hati menulis artikel ini
berbanding artikel saya sebelum ini yang sedikit kosong kerana artikel ini
membantu saya memproses dan mengingati ilmu yang saya pelajari pada hari ini.
Terima kasih Prof. Ara sesungguhnya kebaikan yang Prof. beri kepada kami hanya
ALLAH sahajalah yang dapat membalasnya. Prof. Ara mengakhiri kelas dengan
menyatakan “I hope you learn something from this session”, saya membalas “A
lot… Prof”. Prof senyum tapi sepanjang kuliah hari ini Prof banyak kali
terbatuk-batuk, dan bunyi batuknya itu agak kritikal. Hebatnya beliau tetap
menerangkan dengan sabar dan kadang-kala meminta kami membaca slide itu. Semoga
Prof. segera sembuh. Insyallah.
NOTA:
27 November 2015 (dikemaskini di blog pada 29 November 2015)
1134 patah perkataan